Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kek Lumut


Kek Lumut


Saya hanya tahu berkenaan kek ini selepas terbaca dalam blog Hana dan tertarik dengan apa yang ditulis sebagai lembut, lemak dan moist. Alahai cair selera membacanya. Tak tahu lah macam mana saya nak menguruskan badan kalau macam ni. Tengok resepi memang semuanya menggoda selera.

Pagi pagi lagi minta hubby membeli horlick dan serikaya pandan, walaupun hati masih berbelah bahagi samada nak buat hari ni ke atau hari lain. Selalunya saya akan membuat secara spontan, terus masuk dapur dan mula menyukat bahan bahan diperlukan. Bila dah mula menyukat bahan tu kira terus jadi lah. Sementara tetamu sibuk bersembang sembang dan bergambar, saya menyediakan adunan dan diletakkan atas pengukus. Cepat jer menyediakan adunannya tambah lagi jika ada mixer elektrik.

Kek baru sahaja masak dan sedang disejukkan. Aween dah bagi hint dengan berkali kali memberitahu berulang kali, Mama kek dah masak, baik mama tengok sekarang. Walhalnya saya dah pun menutup api dapur. Ya lah, anak umur macam dia tengah berselera makan. Macam malam tadi, tengah malam pun dia turun ke dapur sekali lagi untuk makan nasi dengan Ayam Masak Merah dan Masak Lemak Udang dan Peria Katak.  

Menurut kawan saya, Rosmawati yang memang berasal dari Sarawak semasa ber fb sambil membuat entri ini, kek kukus boleh tahan sehingga seminggu. Tapi kalau dikukus sehingga 8 jam, memang tahan sangat lama. Boleh disimpan dari Hari Raya Aidil Fitri ke Hari Raya Aidil Adha lah, katanya. 

Kek kukus Sarawak memang menjadi kegemaran saya. Dulu saya mesti beli banyak banyak dan simpan di dalam peti ais tapi sejak nak mengawal berat badan ni, saya tak ada lagi menyimpan stock kek Sarawak. Rasanya dah bertahun pun saya tak memakannya. Sambil memotong untuk di ambil gambar, sempat juga saya memakan 3 ketul. Haaa tak main 1 ketul, 3 sekali walaupun dah lewat malam.  Alahai.... sabar jer lah. Seriously... I need help.

Jom layan resepi dulu...

Kek Lumut

Kek Lumut Lembab dan Gebu
sumber : Hana
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum*
1 cawan Horlicks* (* satukan)
¾ cawan gula
250 gm butter
4 biji telur grade A
1 sudu besar pandan paste
4 sudu besar serikaya pandan
¼ cawan susu pekat

Cara-cara:
Pukul butter dan gula sehingga putih dan kembang dengan kelajuan maksimun.

Masukkan telur satu persatu sambil di pukul perlahan.

Masukkan susu pekat, serikaya, pandan paste dan pukul rata setiap campuran dimasukkan. Masukkan tepung campuran horlicks.

Tuangkan ke dalam loyang 7"x7" yang di lapik dan dilenser dengan butter. Tutup loyang dengan aluminium foil bagi mengelak air jatuh di permukaan kek. Sebelum itu, sapu sedikit butter pada aluminium foil supaya bila kek  masak, tidak melekat dan permukaan akan menjadi cantik. 

Kukus 2-3 jam dgn api sederhana. Bila dah sejuk, boleh dipotong dan dihidangkan.




Kek Lumut
 Kek Lumut

Nota:
Saya guna loyang saiz 8"x8" dan dikukus selama 2 jam 30 minit. Lagi lama dikukus, lagi sedap dan tahan disimpan lebih lama.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

20 ulasan for "Kek Lumut"

  1. sedapnya Zie macam lumut jugak hijau gitu..

    BalasPadam
  2. Noor, serius sangat sedap. Takut pulak nak memakan banyak banyak sebab berlemak and very rich. Apa apa pun seronok kerana dah berjaya membuat kek tradisi Sarawak yang sangat terkenal tu. Cuba lah Noor

    BalasPadam
  3. sedapnya kak...
    sangat terliur dengan tekstur dia...

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Kak Ina, memang moist sangat. Puashati kerana akhirnya dpt buat sendiri kek kukus Sarawak yang memang digemari selama ini

      Padam
  5. Balqis, terima kasih kerana follow my blog. Memang sedap sangat. Tekstur macam tu kerana penggunaan horlick lah rasanya. I pun baru tahu yang ianya kuih tradisi Sarawak yang mesti disediakan di musim perayaan

    BalasPadam
  6. baru jumpa blog ni. thanks. mmg sedap kek ni. kawan2 pun puji sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kr singgah, ya Kak Ju. Mmg sedap tp dah tak berani nak buat. Tak sanggup nak menternak lemak.

      Padam
  7. Salam..nk tye pandan paste tu cm ne kak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli di kedai bakeri, pati daun pandan segera

      Padam
  8. Terima kasih utk resepi kek lumut.✌☺

    BalasPadam
  9. Ade resepi asal..x gune seri kaya..😊

    BalasPadam
  10. Saya pun nak cuba buat kek ni..nampak sedap..terima kasih.

    BalasPadam
  11. kak saya nak tanya kenapa kek saya tak warna hijau?

    BalasPadam
  12. Askm Puan Azie. Saya antara peminat blog puan. Blog puan antara rujukan utama saya bila mencari resipi.Semoga Allah mengurniakan puan kelapangan rezeki dunia akhirat. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu. Salam perkenalan daripada saya. Aqidah,Selangor

    BalasPadam
  13. Kak, tutup pakai aluminium foil tu mksudnya tutup habis ke... Aluminium foil letak kat loyang, lepas tu tuang adunan, dan lepas tu tutup lagi kat atas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuang adunan dalam loyang. Kenudian aluminium foil di letak atas loyang untuk tutup loyang tadi. Bukan utk alas loyang

      Padam
  14. salam,kak,agak2 klu sy jual loyang 7 x 7 nak bg hrga brp ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tidak pernh jual. Cara mudah, kira berapa kos dan mark up lah berapa untung diperlukan untuk dpt kan harga jualan

      Padam
  15. asslkm, terima kasih k.azie sb tk kedekut dan baik hati, saya bole copy dn print terus resepi ni..sya belum try lagi buat kek ini, tp hari tu makan yg kawan buat, ya Allah sedapnye...tp dia tk nk ajar sya buat...huhuhu..tu yang merayau cari resepi kek lumut ni...tq k.azie...luv u

    BalasPadam