Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Beriani Daging Kambing


Beriani Daging Kambing

Resepi asal menggunakan daging tapi oleh kerana saya hanya mempunyai stok daging kambing, saya menyediakan Beriani Kambing. Lebih lebih lagi Aween sangat suka makan daging kambing. 

Setiap kali ke Restoran Nasi Kandar, pasti lauk daging kambing yang akan diminta. Kalau di kampung saya, senang saja nak mendapatkan daging kambing segar. Tapi di sini memang agak payah nak mendapatkannya, apalagi daging segar. Jadi terpaksa lah membeli daging frozen dari Giant jer.


Beriani Daging Kambing

Lauk ini memang sedap sekali. Sebenarnya ia boleh juga dimasak menggunakan resepi Beriani Pakistan yang yang saya sediakan dulu tapi untuk kelainan, saya menggunakan rempah beriani segera sahaja. Lauk ini saya gandingkan dengan Nasi TomatoAyam Masak Merah dan Acar Timun. Kira geng rapat lah ni. Serasi bersama lah. 

Jom layan resepi dulu...


Beriani Daging Kambing

BERIANI DAGING KAMBING
sumber: Hanieliza
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging  kambing   
4 sudu besar rempah beriani  - bancuh dgn sedikit air 
1 cawan yogurt 
3 sudu besar tomato puree 
3 biji kentang - potong kecil 
2 biji tomato buah - belah 4 
3 biji tomato buah ranum - mesinkan dengan 2 cawan air 
3 tangkai cili merah 
2 tangkai cili hijau 
2 biji bawang besar - belah 4 
4 biji telur - rebus, kupas & kelar
1 pokok daun ketumbar - potong kasar 
Garam 

Bahan tumbuk: 
5 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 
3 cm halia 

Bahan tumis: 
2 cm kulit kayu manis 
5 kuntum bunga cengkih 
2 kuntum bunga lawang 
2 biji buah pelaga 
1 tangkai daun kari 
Minyak 

Cara cara:
Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. 



Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yang dibancuh dengan air. Kacau rata sehingga naik minyak. 



Masukkan buah tomato yang telah dikisar dengan air dan juga tomato puree. Biarkan sehingga lembut. 




Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak. 


Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garam. 

Sesuaikan rasa dan kepekatan, jika terlebih kering, tambahkan sedikit air panas. 

Beriani Daging Kambing

Beriani Daging Kambing

Beriani Daging Kambing

Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti. 

Beriani Daging Kambing


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Beriani Daging Kambing"

  1. sedap nyew.. bl9g kak azie kitchen memang x penah mengecewakan sy.. trima kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam
  2. sedap cngt.. trima ksih kak azie kitchen atas perkongsian mnarik.. bnyk yg sy da cuba resepi dri blog ini.. mmang menjadi even step da slah..

    BalasPadam
  3. Terima kasih!!!!!����❤️

    BalasPadam
  4. Salam Puan, sy nak tnya daging kambing tu direbus dulu tak?

    Agak2 berapa lama perlu masak utk jd empuk ya? Sy x prnh masak daging kambinv tp teringin nak cuba. T.kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Tak rebus dulu pun. Sekejap jer. Cucuk dg pisau. Kalau dah lembut atau belum.

      Padam
    2. Kalau nak cepat empuk guna pressure cooker butterfly

      Padam
  5. Alhamdulillah, saya dah cuba. Makan dgn nasi tomato dan sambal udang. Mmg terangkat!!! Tq for sharing!

    BalasPadam
  6. Dah cuba, memang sedap. alhamdulillah anak semua suka. terima kasih sebab share. semoga didalam lindungan Allah selalu hendaknya.

    BalasPadam
  7. K. Azie, blh tahu rempah beriani tu yg mana ek, adakah rempah utk masak nasi tu blh guna utk masak lauk juga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rempah mana jer yang ada dijual, rempah beriyani utk lauk

      Padam