Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bendi Goreng Dengan Telur Versi Sempoi


Bendi Goreng Dengan Telur Versi Sempoi

Masih ada baki kacang bendi dalam peti ais. Kebetulan hari tu, masa saya membuat kacang botol goreng, Juita bertanya kenapa saya tak membuat kacang bendi goreng. Hmmm saya tak ada jawapan yang spesifik kerana apa apa pun, matlamat untuk mengelakkan pembaziran stok. 

Jadi hari ini, giliran saya memasak Kacang Bendi dengan Telur. Walaupun sebelum ini, saya telahpun membuatnya tapi resepi kali ini lebih santai dan sempoi. Sebelum ini resepi menggunakan belacan dan udang kering. 

Klik di SINI untuk melihat resepi sebelum ini. Jom kita tengok resepi dulu....


Bendi Goreng Dengan Telur Versi Sempoi

Bendi Goreng Dengan Telur
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Kacang bendi - potong nipis menyerong
2 biji telur - dipukul
Sedikit garam

Bahan tumbuk:
2 tangkai cili merah
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk kasar sehingga naik bau.


Masukkan bendi dan dikacau. Masukkan garam dan serbuk perasa.


Bila bendi sudah separuh masak, curahkan telur ke atasnya. Biarkan telur setengah masak, baru di kacau. 


Kacau rata dan tutup api supaya bendi kekal rangup.


Siap untuk dihidangkan.

Bendi Goreng Dengan Telur Versi Sempoi

Bendi Goreng Dengan Telur Versi Sempoi


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Bendi Goreng Dengan Telur Versi Sempoi"

  1. Kak Azie, camne nak goreng bendi mcm akak... ogyep suka bendi goreng, tapi selalunya sedikit berlendir... apa petuanya... bendi akak nampak sedap & menarik..

    BalasPadam
  2. Masa I goreng sebelum ini, agak berlendir. Jadi kali ini, saya tumis semua bahan bahan, bila hampir masak, baru saya hiris bendi cepat cepat dan terus campak ke dalam kuali. Kurang berlendir sebab terus digoreng. Tak masukkan air langsung, bendi dilembutkan dengan menggoreng sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQVM Kak Azie, tadi beli bendi kat pasar segar... nak tumis lah kejap lagi.. :)))

      Padam
  3. Enjoy your lunch, Ogyep. I kat office ni, teringin nak makan homemade cooked food.

    BalasPadam
  4. amboii meyelerakan.. harus cobe.. heheh tq for info..

    BalasPadam
  5. Mmg sedap sy sendiri dh mencuba

    BalasPadam
  6. Sorry mencelah.. Petua nenek sy ckp nk kurg kan lendir bendi.. Masuk kan asam keping.

    BalasPadam
  7. Tk kak azie kongsi resepi...petang ni nak try buat..tk

    Jemput dtg ke blog saya...
    http://mamafreshpicks.wordpress.com

    BalasPadam
  8. Azie..petua xnak bendi b'lendir dgn meletakkan asam keping/gelugor skali semasa menumis dgn bendi tu..insyallah hasil cantik dan tak b'lendir..

    BalasPadam