Blueberries Cheese Tarts With Love
Hari ini saya membuat Blueberries Cheese Tart sebagai memenuhi permintaan Aween. Entah kenapa dah banyak kali dia meminta saya membuatnya. Bila dia melihat saya menyediakan cheesecake pun dia masih bertanya kenapa saya tak membuat cheese tart.
Oleh kerana saya dan hubby akan bertolak ke US dalam beberapa hari lagi, jadi saya fikir elok juga jika hari minggu seperti ini, saya sediakan kuih yang dimintanya.
Pagi pagi lagi saya masuk ke dapur untuk menyediakan pastri tart. Sementara menunggu ianya disejukkan, saya keluar untuk memberi makan ikan ikan yang sedang menunggu untuk bersarapan.
Selepas itu, saya menyiram pokok pokok. Rasa puas sangat bila semua kerja kerja ini dapat disiapkan, maklumlah dalam seminggu 2 hari sahaja saya berkesempatan untuk melakukan rutin ini.

Oleh kerana saya belum punya acuan tart, terpaksalah mengajak hubby ke City Bakers untuk mendapatkannya dulu. Memang sedap dan rangup sekali tart ini. Secukup rasa semuanya. Saya pejam mata dan menghabiskan 2 biji. Kalau ikutkan hati, 5 biji pun boleh habis. Hmm kalau nak tahu bagaimana sedapnya, kena lah cuba sendiri. Mudah sangat menyediakannya dan tentu jimat jika dapat dibuat sendiri selain boleh memakan sepuasnya.
Nampak tak cheese tu macam melimpah sedikit sebabnya kerana saya nak menghabiskan adunan cheese, jadi taruk jer lah lebih sikit. Sepatutnya penuhkan dalam ¾ lebih sikit jer dari crust. Apa apa ianya sangat sedap apalagi di makan sejuk sejuk selepas dikeluarkan dari peti ais. Jom cuba buat sendiri...
Nampak tak cheese tu macam melimpah sedikit sebabnya kerana saya nak menghabiskan adunan cheese, jadi taruk jer lah lebih sikit. Sepatutnya penuhkan dalam ¾ lebih sikit jer dari crust. Apa apa ianya sangat sedap apalagi di makan sejuk sejuk selepas dikeluarkan dari peti ais. Jom cuba buat sendiri...
Pastri:
125 gm butter (salted)
55 gm gula halus
250 gm tepung gandum
1 kuning telur (sejuk)
½ sudu kecil esen vanila
1 sudu besar air ais
Satukan dan ayak tepung dan gula.
Masukkan butter ke dalam tepung dan gaul sehingga menjadi seperti crumb/pasir.
Masukkan telur kuning, vanilla dan air ais.
Gaul sebati sehingga menjadi doh dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 20-30 minit.
Keluarkan doh, biarkan seketika sehingga lembut. Bulat bulatkan doh dan tekan di atas acuan tart.
Bakar pada suhu 170C selama 15 minit atau sehingga keperangan.
Keluarkan dari acuan dan pastikan tart shell benar benar sejuk, baru dimasukkan blueberries filling.
Perasan tak yang saya terlupa untuk mengeluarkannya dari acuan tart tu, jadi saya tambah masa membakar untuk menjadikan crust yang rangup.
Nota:
Kalau menggunakan acuan, boleh ratakan permukaan tepi dengan pisau.
Keluarkan dari acuan dan pastikan tart shell benar benar sejuk, baru dimasukkan blueberries filling.
Perasan tak yang saya terlupa untuk mengeluarkannya dari acuan tart tu, jadi saya tambah masa membakar untuk menjadikan crust yang rangup.
Nota:
Kalau menggunakan acuan, boleh ratakan permukaan tepi dengan pisau.
Tart shell boleh disediakan awal awal dan dimasukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
Cream Cheese Filling:
250 gram cream cheese- lembut
20 gram butter (salted)- lembut
50 gram gula halus
1 biji telur
Putar cheese, butter dan gula sehingga kembang dan berkilat. Masukkan telur dan putar hingga sebati.
Buat pattern dengan melorek menggunakan toothpick. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit
Angkat dan boleh dihidangkan. Anak saya memasukkan ke dalam peti ais terlebih dahulu kerana cheese sedap dimakan sejuk, katanya Tapi saya pula suka memakan semasa masih suam panas.
Nota:
Biarkan cheese dan butter seketika tapi jangan sampai ke suhu bilik. Biarkan masih sejuk sedikit ketika diputar.
Sebaiknya mula memutar filling cheese setelah selesai memasukkan filling blueberries ke dalam crust supaya cheese tidak lama berada di luar. Siap jer, boleh terus dituang ke dalam crust.
Boleh juga dimasukkan terus adunan cheese di atas pastri.
Kemudian titiskan blueberries filling di atas adunan cheese dan lorek untuk dijadikan pattern.
Cheese Tarts yang telah siap di simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Cheese Tarts yang telah siap di simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Blueberry Filling:
125 gm fresh blueberries
1 sudu kecil gula
Boleh juga menggunakan Blueberries filling, strawberry filling atau apa2 filling yg digemari secukupnya
Panaskan blueberries dan gula sehingga mendidih atas api sederhana sambil dihancurkan berries dengan sudu.
Masak dalam 6 minit atau sehingga pekat dan menjadi ¼ cawan. Angkat dan biarkan pada suhu bilik.
Masak dalam 6 minit atau sehingga pekat dan menjadi ¼ cawan. Angkat dan biarkan pada suhu bilik.
Sedap dihidangkan dengan teh O panas panas. Ini adalah patern bentuk LOVE yang dibuat oleh Aween. Mama love you so much, my son.
Nota:
Untuk mendeko, boleh juga menggunakan sedikit filling cheese di dalam piring dan diletak pewarna yang disukai dan gaul sehingga warna sekata. Dengan menggunakan toothpicks, titis cheese berwarna dan corakkan sesuka hati.
Enjoy....
Untuk mendeko, boleh juga menggunakan sedikit filling cheese di dalam piring dan diletak pewarna yang disukai dan gaul sehingga warna sekata. Dengan menggunakan toothpicks, titis cheese berwarna dan corakkan sesuka hati.
Enjoy....
wah dh cantik dh pic tu....QH amik mgadap cahaya...jd pic tu terang dan cantik...lps tu edit dulu...QH guna photoscape....
BalasPadamApa yang nak di edit? I dah install photoscape tak tahu macamana nak buat. Hehehe tolong lah ajar ya.
PadamEmmmm sedapnya.. Memang feveret ni.. Tapi tangan tak berseni la nak buat... Selalunya hasben lg terer.. Hehe
BalasPadamMama aleen, terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. I pun sama juga, tangan keras tak berseni. Dah isi filling cheese terlebih sebab nak menghabiskan kesemua nya. Lagi lah kurang cantik. Tapi hubby sangat sebab dapat memenuhi permintaan anak.
PadamSalam k.Azie. sedapnya cheesetart tu....sy belum pernah buat lagi...asyik bertangguh nak mencuba..acuan tat dah lama beli.nengok entry mee goreng kat bawah tu....k.Azie org Kelate...samalah kita .sy kat Ketereh.Bachok baru sekali sampai...dulu2 masa zaman sekolah.
BalasPadamre; Tkasih wish bday.kek tu buat tak sempat ambil step by step...lagipun segan sy tak pandai sgt deco2 ni...mudah2 bolehlah.K.Azie dah ke Asfour....antara tempat harus singgah tu kalau ke Cairo.slmt bercuti buat k.Azie....
Dear Mamasya. Terima kasih kerana sudi memberi komen. So glad to hear from you. Wah kita statemate lah. Dalam tak pandai mendeko, pun jadi juga. Cantik pulak tu. Percaya tak, seumur hidup tak pernah lagi i mendeko kek. Teringin sangat nak belajar tapi asyik tak berkesempatan.
PadamSemua chandelier rumah ni, beli dari Asfour. Itulah, my daughter dah nak habis, lain kali susahlah kalau ada nak membeli lagi.
salam Azie,kak Noor dok teringat je nak buat tapi tak terbuat dah lama ni tak merasa kalau anak2 jauh balik pasti diaorang suruh buat kena tunggu ada permintaan baru lah terbuat heheeee
BalasPadamSamalah Kak Noor. Sejak minat berbloging ni, rasa semua nak mencuba. Seumur hidup, ini lah pertama kali terasa keseronokan memasak. Minat memasak teransang selepas tengok gambar gambar masakan dalam fb Kak Noor dan TeeaRa Yatie lah.
PadamSanggup di dapur sorang sorang tapi kalau tak ada orang makan, rasa frust lah sikit. Itu yang selalu bawa ke pejabat. Tapi kalau kuih yang dibuat atas permintaan ni, tak perlu risau. sure habisnya, I pulak tak sanggup nak makan. Takut depa tak cukup.