Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Merah


Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah hidangan kali ini juga adalah geng dengan Nasi Tomato yang saya sediakan di samping lauk Beriani Kambing dan Acar Timun. 

Untuk memudahkan rujukan, klik di SINI untuk resepi Nasi Tomato dan di SINI untuk resepi Beriani Kambing. Ya lah, kalau nak mencari cari, kadang kadang tak jumpa, jadi klik jer link untuk melihat rakan rakan Ayam Masak Merah.


Ayam Masak Merah

Saya masih ingat Wan Chu di Sg Besi yang sangat handal dalam bab memasak Ayam Masak Merah yang sangat sedap. Beliau sangat cekap, sekejap jer di dapur, semua disiapkan dengan lengkap. 

Saya pernah juga melihat dia memasak Ayam Masak Merah tapi pada masa tu, ehem ehem, tak teringat pulak nak menyalin resepi, jadi sekadar tengok jer ler. Tapi yang masih jelas di ingatan ialah, dia tak pernah lupa untuk meletakkan kacang peas dalam tin tu. Memang nampak cantik dan lengkap bila ada kacang peas tapi saya tak meletakkannya demi untuk berjimat kerana saya sendiri tak suka, apalagi anak anak.

Kenduri kendara di Kelantan juga sekarang banyak disediakan Ayam Masak Merah bagi menggantikan Ayam Kerutuk atau Ayam Percik pada masa kenduri dulu dulu. Cara tukang masak di sana menyediakan Ayam Masak Merah sangat sempoi jer tetapi rasanya fullamak, punya lah sedap. 

Rahsianya, bawang mesti ditumis sampai benar benar garing sebelum dimasukkan cili kisar yang juga digoreng garing garing. Melihat mereka mengacau bahan tumisan di dalam kuali tu, yang bercinta sikit. Lama betul, tujuan nya supaya lauk tahan lama dan tak mudah basi. Maklum kalau kenduri di Kelantan, bukan ada had masa, malam malam pun ada lagi tetamu yang datang walaupun jemputan adalah sehingga petang sahaja.

Ish ish terpanjanglah pulak celotehnya. Apa apa pun saya cadangkan anda mencuba resepi ini di rumah. Memang sangat sedap. Serious... tak tipu, walaupun gambar nampak macam biasa jer. Jom kita layan resepi dulu....


Ayam Masak Merah

AYAM MASAK MERAH 
Sumber: Hanieliza
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-Bahan: 
1 ekor ayam - dipotong kecil, lumur kunyit garam & goreng

Bahan kisar: 
10 tangkai cili kering 
5 tangkai cili merah 
3 cm halia 
3 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar 
2 batang serai 
4 biji tomato 
2 sudu besar tomato sos

Kacang peas (tak letak)
Sedikit susu cair
Bawang besar - potong bulat gelang 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara: 
1. Panaskan minyak masak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. 



2. Setelah itu masukkan sedikit susu cair, ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. 






3. Gaulkan hingga sebati dan rata. Jika terlalu kering, masukkan air secukupnya


4. Apabila telah kering bolehlah diangkat. Hias dengan daun sup atau daun bawang.


Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Ayam Masak Merah"

  1. Sedap n menark.dah cuba dah nasi tomato dan ayam masak merah.beriani daging je belum...tq kak azie.

    BalasPadam