Villa Nur Qaseh Meraikan Tetamu Dalam Majalah MIDI 1 April 2012
Sempena hi tea yang diadakan di Villa Nur Qaseh pada 20 Januari 2012, ada juga sesi fotografi untuk ruang meraikan tetamu dalam majalah MIDI 1 April 2012. Tetamu saya pada hari itu ialah Feeza Ismail, sahabat yang banyak menyokong projek pembinaan rumah kami bersama suaminya Raja Shah. Selain Feeza, ialah Norma Hambali, sahabat serta jiran yang banyak membantu serta Nurul Hazah dari AG Group, Prudential. Nurul sebelum berkahwin selalu menjadi orang kuat dalam majlis majlis yang diadakan di rumah kami.
Nak tengok masakan saya pada hari itu? Boleh klik di SINI untuk masakan dan resepi lengkap. Ada juga beberapa resepi yang saya sediakan pada hari itu disiarkan dalam majalah tersebut. Apa apa pun, jangan lupa untuk mendapatkan naskah anda hari ini. Majalah ini banyak memberi panduan berguna untuk terutamanya mereka yang telah mencecah usia MIDI sebagai persediaan melalui satu lagi fasa dalam kehidupan.

Umur 40 tahun dikaitkan dengan kehidupan, itu sebab disebut "life begin at 40". Mungkin pada orang lelaki lah, tapi pada orang perempuan, usia ini menandakan banyak perkara yang akan berlaku, penurunan yang akan dialami, perubahan yang akan dirasai. Jadi sebagai persiapan dan persediaan, majalah ini memberikan banyak tips dan panduan yang boleh dijadikan rujukan apabila masa yang tertentu telah tiba dan pasti tiba ... supaya kita sentiasa bersedia.
cantik dan pandai masak
BalasPadamTerima kasih kerana sudi mengunjungi kakak ku yang cantik. Ajak Datin Gee, nanti I masakkan istimewa untuk you all
BalasPadam