Puding Buah buahan Kastard
Tinggal saya dengan Boy jer di rumah. Jadi saya masuk dapur untuk menyediakan bahan untuk membuat Puding Buah buahan Kastard pula. Puding ini sedap dimakan sejuk jadi kena buat awal awal dan simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan.
Memang dah lama saya bercadang untuk membuat puding buah buahan kastard terutama selepas membaca rakan facebook membuat puding ini. Tapi sebab banyak sangat resepi yang nak dicuba hingga tak tercuba cuba. Haaa ada ke istilah gitu. Hantam saja lah.
Resepi ini sangat simple dan mudah sangat untuk menyediakannya, jadi kalau ada yang nak mencuba tu silakanlah ye. Yang pastinya sesuai sangat dihidangkan sebagai pencuci mulut, atau dessert kata omputih lah. Hidang sejuk sejuk, lagi nyaman.
Jom layan resepinya...
Bahan untuk Puding:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
½ cawan gula pasir (guna ¾ cawan)
Cara-cara membuat pudingnya:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
½ cawan gula pasir (guna ¾ cawan)
Cara-cara membuat pudingnya:
1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.
2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).
4. Biarkan hingga sejuk sedikit kemudian simpan dalam peti sejuk.
Bahan Untuk Kuah:
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruits cocktail
1 ½ tin air masak
4 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanila (optional)
Cara-cara membuat kuahnya:
1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.
Bahan Untuk Kuah:
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruits cocktail
1 ½ tin air masak
4 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanila (optional)
Cara-cara membuat kuahnya:
1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.
saya baru je ikut blog akak.. terima kasih resepi yg sedap2.. nak cuba utk bulan puasa..
BalasPadamSalam kenal. Terima kasih kerana sudi follow. Nnt kalau dah cuba, bolehlah bagi feedback ya
PadamAssalamualaikum azie. Terima kasih memberi tunjuk ajar salam resepi yg diberi. Kak puashati Dan di ucapkan terima kasih. Kak nak follow ye.ikhlas dari Kak puteri
PadamNak cube resepi puding ni la..utk pencuci mulut besday party anakmlm besok..
BalasPadamNak cube resepi puding ni la..utk pencuci mulut besday party anakmlm besok..
BalasPadamFS, silakan. sangat sesuai untuk majlis dan party. lagi pulak mudah disediakan
PadamSlm azie..hmpir setahun saya ikut blog azie ni....mmg best2 n3 yg dikongsikan...trutama bab msk memsk...syukran atas ilmu2 yg ikhlas dikongsikan...insya allah ada gnjarannya dr Allah...slm ukhuwah dr saya..
PadamAs salam Arbaya,
PadamTerima kasih kerana sudi follow. Semoga apa yg kita buat di dunia, memberi manafaat di akhirat kelak
salam akak..sy suka menjenguk blog akak..resepi yg bagus2...byk yg sy dh cuba..alhamdulillah semua menjadi..tips akak sgt membantu...
BalasPadamAsslm. Saya pun suka.ada resepo yg saya ambik msuk dlm koleksi resepi saya.halalkan ye...
BalasPadamSaya new follower Azie kitchen. Harini saya buat puding kastard buah. Dah siap... Nak tunggu sejuk baru nak makan.... Petang ni la kot! Tak sabar rasa nya nak mamam. Tk Azie kitchen
BalasPadamNk try buat pudding ni..da try buat roti jala Dr blog akk ni..hasilnya..sgt lembut...mood- heppy sgt
BalasPadamsalam kak azie..tq for the resipi.. trima kasih berkongsi ilmu.. nak cuba resepi ni ptg nanti utk open house raye..nyum2..
BalasPadamAssalamualaikum.. K.Azie..thanks for sharing recepi.. Dah byk resepi akk yg sy Cuba..termasuk puding buah ni sekali..Alhamdulillah menjadi dengan sempurna Dan sangat sedap..
BalasPadamMohon share k.azie..da byk try resepi k.azie tp xmntk dlu..mhon hllkn ye..
BalasPadamassalamualaikum,
BalasPadamBoleh ke sos kastard guna susu pekat? nak tanya kalau emergency tiada susu cair di rumah
Tq
Terima kasih utk resepi...
BalasPadamTerima kasih utk resepi...
BalasPadamTerima kasih resepi yang mabelous
BalasPadamTerima kasih Kak Azie.Saya suka blog akk..tempat rujukan untuk memasak.Alhamdulillah setakat ni semua yg saya buat menjadi..ikut resipi akak..terima kasih
BalasPadamAssalammualaikum azie..
BalasPadamSaya banyak belajar dri menu2 azie..mintak halal ilmunya ye..terima kasih
Blh tahan brp lama ye...
BalasPadam