Oops Break Sekejap Untuk Baca Ini ....
Dikongsikan oleh sahabat saya, Abdul Hanan yang saya rasa perlu dipanjangkan untuk renungan kita sejenak.
Baca lah dengan hati dan fikiran yang lapang:
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud, katanya:
Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar. Setelah bangun, ternampak kesan di belakangnya.
Lalu kami berkata:
"Ya Rasulullah! Kiranya kami ambilkan untukmu hamparan yang lembut."
Lantas baginda menjawab:
"Tidak ada apa untukku dan dunia. Tidaklah aku di dunia melainkan laksana seorang pengembara yang berteduh sesaat di bawah pokok, kemudian aku akan pergi meninggalkannya".
Jami' Al-Tirmidhi (4/17), Kitab Al-Zuhd, bab (31), no hadith (2483), Hadith Sahih
7 Perkara yang akan dinilai disisi Allah s.w.t. pahalanya berterusan:
Ini adalah petikan kuliah Tafsir yang disampaikan oleh Ust Dr Zahazan Mohamed dalam radio IKIM pada setiap pagi Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 pagi (siaran ulangan 8 malam). Pada sesiapa yang berkesempatan, bolehlah mendengarnya. Apa dia 7 perkara tersebut, jom baca ...
1. Mengajar Ilmu
2. Mengalirkan taliair/sungai
3. Menggali Telaga untuk kegunaan masyarakat
4. Menanam pokok untuk orang berteduh di bawahnya
5. Membina masjid/surau
6. Mencetak, mengedar dan menghadiah Al-Qur'an
7 Meninggalkan anak-anak/waris yang soleh yang mendo'akan untuknya selepas dia mati.
Sama sama lah kita mengejar dan merebut pelaburan akhirat ini kerana sesungguhnya dunia hanya pinjaman dan penuh dengan tipu daya.
Catat Ulasan for "Oops Break Sekejap Untuk Baca Ini ...."
Add your comment