Nasi Kabsah Ayam
Itu yang saya terus google mencari resepi dan terjumpa satu video you tube tentang cara cara memasak nasi kabsah. Saya terus menyalin resepi dengan mengulang tayang berkali kali.
Balik terus singgah di Village Grocer mencari Buharat, rempah ratus arab tapi saya tak menjumpainya. Jadi saya dah ubahsuai sedikit sebanyak dan Alhamdulillah kerana rasanya memang menjadi seperti nasi Kabsah seksyen 7. Malahan semasa sedang dimasak, bau semerbak rumah saya dengan bau rempah ratus nasi kabsah.
Jom layan resepi di bawah...
Bahan bahan:
1 kg beras basmathi - basuh & tos
1 ekor ayam - potong 8
3 bawang besar - dadu
3 biji tomato – dadu
1 sudu besar tomato puri
75 gm halia – kisar
½ sudu kecil bunga cengkih
2 biji black lemon (tak letak)
6 keping kayu manis
7 kuntum buah pelaga
½ sudu kecil black pepper
2 helai bay leave
½ sudu kecil buharat (Arabic powder 5 spices – can use garam masala)
75 gm unsalted butter (or ghee or 125ml vegetable oil)
2 liter air panas
Cara cara:
Pastikan semua bahan sudah tersedia sebelum mula memasak.
Pastikan semua bahan sudah tersedia sebelum mula memasak.
Masukkan buah pelaga, bunga cengkih, daun bay, lada hitam dan ayam ke dalam air mendidih. Masukkan garam dan maggi cube secukup rasa.
Apabila ayam separuh masak, keluarkan dari periuk dan simpan air rebusan.
Apabila ayam separuh masak, keluarkan dari periuk dan simpan air rebusan.
Menggunakan periuk yang sama, masukkan minyak atau butter. Tumis bawang besar, halia dan tomato hingga lembut. Masukkan tomato paste dan rempah buharat dan masak lagi sehingga naik bau.
Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Kacau rata sehingga rempah mesra dan meresap pada beras.
Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Kacau rata sehingga rempah mesra dan meresap pada beras.
Tuangkan stok rebusan ayam yang panas panas. Jangan sesekali menggunakan stok yang sejuk dan jangan mengacau beras selepas memasukkan air panas. Ini adalah supaya nasi tidak soagy dan melekat.
Pindahkan ke dalam rice cooker dan masakkan sekejap. Masukkan ayam dan susun di atas nasi dan tutup periuk. Terus masak sehingga nasi masak.
Keluarkan ayam dan kacau nasi secara perlahan lahan untuk mengelakkan nasi patah.
Boleh lah dihidangkan panas panas bersama salsa.
Nota:
Bagi menggantikan rempah buharat, saya menggunakan 1/2 sb mixed spices, 1/2 sb serbuk ketumbar, 1/2 sb serbuk jintan manis dan 1/2 sb serbuk jintan putih dan sedikit serbuk kunyit.
Keluarkan ayam dan kacau nasi secara perlahan lahan untuk mengelakkan nasi patah.
Boleh lah dihidangkan panas panas bersama salsa.
Nota:
Bagi menggantikan rempah buharat, saya menggunakan 1/2 sb mixed spices, 1/2 sb serbuk ketumbar, 1/2 sb serbuk jintan manis dan 1/2 sb serbuk jintan putih dan sedikit serbuk kunyit.
Assalammualaikum Azie
BalasPadamwahhh cdpnya nengok nasi kabsah ayam ni..trgolek golek ayamnya. Kak Kay mmg sdg mencari menu berbagai nasi utk hidangn bln puasa akn dtg ni bkn apa saja nak cari pengetahuan ttg penyediaan nasi2 istimewa yg lain plak. Tkasih krn sudi kongsi resepi nti K/Kay leh gunakan blog Azie sbagai rujukan :)
Wslm CheKiah, betul juga nak berbuka ni elok masak nasi camni. Senang dan ringkas tak perlu nak sediakan pelbagai lauk pauk. Oleh jer nak ambik mana mana resepi dalam blog ni. Memang utk dikongsikan pun. Dah sign as follower ke? Sign lah, nanti dapat update new entry.
Padamck sudah followwww...!!!
BalasPadamJom kita exchange link ...
Padamnapok mace sedap jer...nak cuba la hari ni untuk juadah berbuka puasa. sebelum tu nk mintak izin dari tuan punya blog dulu boleh tak Pn Azie?
BalasPadamBoleh. Resepi mmg utk dikongsi. Nnt updatenlah ya, sedap ke
PadamSalam Azie. Buharat tu kalau ganti dgn garam masala kena letak juga spices ganti yg Azie guna tu tak?
BalasPadamKalau guna garam masala, tak perlu lah lagi. Tapi kalau nak tambah bagi lebih rempah, boleh juga
PadamOk, tq. Ingat nak try weekend ni. Harap menjadi la.
PadamAlhmdulillah dapat join dgn sahabat2 sini...InsyaAllah saya buka Restoran sdrhana kat Perlis..InsyaAllah kalau dah siap kdai dua tingkat yg baru bolehlah tambah menu.
BalasPadamSaya doakan semoga saudara mendapat rezeki yg melimpah ruah. Insya Allah. Ameen
PadamTerbaik..saya pun nak cuba. Baru je berbuka lamb kabsah di sek 7.
BalasPadamsy dh cuba resepi ni kak azie.. sedap.. terima kasih atas perkongsian.. :)
BalasPadamSedang mencari resipi Kabsa ayam..
BalasPadamthanks for the recipe...
mesti cuba, hubby suka..paling sedap so far nasi arab di restoran ali baba, seri kembangan. mmg terbaik. kalah restoran saba di cyberjaya:)
BalasPadamanyway tq kak azie for recipe. inshaaAllah nk cuba:)
Kak Azie,sy dh byk cuba resepi kak Azie...Alhamdulillah semuanya menjadi..😃👍
BalasPadamSalam Kak Azie. saya cuba today (26 July 2016) and Alhamdulillah jadi. Tq ya
BalasPadamSy Aliff, student mesir.
BalasPadamIn sya allah, nk buat kabsah ayam ni,
Nk celebrate bday kawan.
Terima kasih ats prkongsian resipi.
Resepi ka azie semuanya sedap..sentiasa follow resepi akk😘..mmg menjadi klau buat.tq akk ..semoga sihat selalu,murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah Swt..aamiin
BalasPadamlamb kabsah paling sedap di Qasar Balqis sebelah Petronas MMR2 Taman melati..malah secara penilaian saya restoran ni boleh dikatakan restoran Arab yg majoriti makanannya paling sedap di KL dan Selangor
BalasPadam