Ikan Cencaru Sumbat Sambal
Hari ini saya mengambil cuti separuh hari petang kerana ada sesi fotografi untuk majalah LAMAN. Jadi saya balik rumah, terus masak untuk makan tengahari kerana tak singgah makan di mana mana pun tadi. Malam tadi, gulai ikan talang masin dengan nenas masih banyak kerana anak anak makan chicken chop. Jadi saya hanya perlu tambah satu lauk sahaja lagi, sayur pun tak perlu kerana nenas tu dah juga bertindak sebagai sayuran.
Hubby ke kedai runcit mencari ikan cencaru belah belakang untuk dibuat Ikan Cencaru Sumbat Sambal. Saya belajar resepi ini dari keluarga mertua di mana cara penyediaannya sama dengan penyediaan sambal belacan, cuma diletakkan bawang merah. Saya mengajar bekas pembantu rumah untuk memasak lauk ini dan dia kira dah expert lah. Ikan itu akan diikat dulu dengan benang supaya sambal tak terkeluar dengan banyak.
Ikan cencaru sumbat adalah antara lauk kegemaran saya. Kalau di tempat kerja, saya jarang sekali keluar lunch tapi jika saya keluar lunch, lauk nya mesti sama jer. Nasi putih, pajeri terung, ikan cencaru sumbat dan telur masin. Inilah kombinasi lauk kegemaran saya bertahun tahun tanpa jemu.
Jom lah layan...
Ikan cencaru sumbat adalah antara lauk kegemaran saya. Kalau di tempat kerja, saya jarang sekali keluar lunch tapi jika saya keluar lunch, lauk nya mesti sama jer. Nasi putih, pajeri terung, ikan cencaru sumbat dan telur masin. Inilah kombinasi lauk kegemaran saya bertahun tahun tanpa jemu.
Jom lah layan...
Bahan bahan:
1 ekor ikan cencaru (belah belakang)
4 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi
3 biji bawang merah
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Garam
Gula
Gula
Ikan dibersihkan dan dilumur dengan sedikit garam.
Tumbuk kesemuanya dan masukkan garam gula dan asam jawa. Masukkan sambal ke dalam ikan. Ikat ikan dengan benang supaya sambal tidak terkeluar.
Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Angkat dan bolehlah dihidangkan panas panas. Sedap dimakan dengan nasi putih.
Catat Ulasan for "Ikan Cencaru Sumbat Sambal"
Add your comment