Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bingka Lemak Manis

Bingka Lemak Manis

Boleh caya ke? aaiiyaa ini minah memang tak reti sabar. Bila rasa nak membuat kuih jer, dah tak boleh tunggu tunggu lagi. Pukul 12 tengah malam pun masih nak masuk dapur dengan baju tidur pulak tu, mencari bahan bahan diperlukan. 

Sabor jer lah. Ini semua gara gara gian sebab dah lama tak memasak kerana tiap hari sesampai sahaja di rumah dah hampir maghrib, jadi hubby terus singgah beli makan malam untuk 2 orang anak kami. 


Bingka Lemak Manis

Saya pulak sekarang tengah kemaruk menonton youtube Ustaz Kazim. Sejak Kak Ana dan Rin memberitahu pasal kuliah ugama di you tube, tiap malam saya mendengarnya. Terasa kerdilnya diri ini, serba kekurangan dari segi amal dan bekalan. Harap saya mempunyai masa dan semoga Allah menerima ibadat dan mengampuni segala salah dan dosa selama ini.

Berbalik pada resepi malam ini, sebenarnya saya cuba nak menghabiskan roti gardenia yang dah hampir luput tarikhnya, ikut perkiraan saya lah. Tapi bila masuk dapur jer, tengok roti dah tak ada. Maknanya dah jadi makanan 2 ekor ayam hutan saya lah tu. Jadi saya tukar pada resepi Bingka Lemak Manis yang kebetulan semua bahan yang diperlukan ada di dalam kitchen store. Nasib baik menyediakannya sangat cepat. Rasanya dalam 15 minit dah boleh dibakar di dalam oven. 

Jom layan resepinya ....

Bingka Lemak Manis
Bingka Lemak Manis
sumber: yatie memories
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ cawan tepung gandum
½ cawan gula
3 biji telur
3 cawan santan - (200ml santan KARA + 2 cawan air)
3 sudu besar susu pekat manis
Garam secukup rasa
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit pewarna kuning
Bijan - utk tabur (opsyenal)

Cara-cara
Satukan ke semua bahan bahan di dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.

Masak adunan hingga pekat dan sentiasa di kacau di atas api sederhana perlahan.

 
Tuang ke dalam loyang yang di sapu majerin, ratakan  adunan dan tabur bijan jika suka.  

Bingka Lemak Manis
 
Bakar selama 40 min atau sehingga kelihatan garing.  Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

Bingka Lemak Manis

Bingka Lemak Manis

Taraaa....

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Bingka Lemak Manis"

  1. salam azie,

    kuih bingka ni meme sedap...sayapun suka kuih ni..tpi di kb loni...kuih muihpun doh naik rego...jdi keno belajar masak sendiri la...
    saya nk tanya azie...masa bakar ni..azie guna api atas ko utk dptkan permukaan garing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu lah zaman dulu, seketul 20 sen jer. Sekarang dah naik harga.

      Sebenarnya I pun tak reti nak guna oven ni. Tak tahu kalau oven ni boleh guna api atas atau bawah sahaja. Masa beli dulu, tak bertanya. Beli asal oven jer.

      Selama ni, hanya guna api atas dan bawah jer. Bakar lama lama supaya berkerak kerana kerak tu yang sedap nyer

      Padam
  2. Kalau lepas blender semua bahan bole terus bakar?

    BalasPadam
  3. Nampak sedap. Nk cuba

    BalasPadam