Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Arabic Baharat Spice Mix

Azie 15/03/2012 1 ulasan


gambar hiasan dari Google

Sejak sejak minat memasak masakan arab ini mula lah kena belajar pasal Arabic spices sebab ianya tak sama dengan mixed spices atau all spices di tempat kita.  Dulu saya cuma suka makan jer makanan arab tapi sekarang dah jatuh cinta sebab rupanya tidak susah memasak masakan nasi arab.  Jadi dengan memasak sendiri, dapatlah kita berjimat dan famili juga dapat makan dengan sepuas puasnya.

Ini adalah bahan bahan yang diperlukan untuk membuat baharat iaitu arabic powder spices yang diperlukan terutama untuk membuat nasi Kabsa. Baharat dalam bahasa arab bermaksud spices. Bahan bahan di bawah disatukan dan dikisar bersama sama.  Simpan di tempat yang sejuk dan teduh. Lebih baik jika disimpan di dalam bekas berkaca dan diguna bila perlu.

 

Arabic Baharat (Arabic spice mix):

2 sb fresh ground black pepper
6-1/2 sk paprika
4 1/2 sk ground cumin
1 sb serbuk rempah ketumbar
1 sb serbuk cengkih
1/2 sk nutmeg
1/2 sb serbuk kayu manis
1/2 sk serbuk buah pelaga

Nota:
Boleh juga digoreng tanpa minyak sebelum dikisar.




Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan

  1. I truly appreciate your work, Great post.

    BalasPadam

Catat Ulasan