Apple Cream Tart
Semasa sedang membuat update blog ter tonton rancangan afc yang kebetulan sedang ke udara. Saya jarang berkesempatan untuk duduk depan TV untuk menonton sesuatu rancangan.
Kebiasaannya saya menonton sesuatu rancangan atau drama atau apa sahaja yang memang kebetulan disiarkan semasa saya sedang duduk duduk di ruang keluarga.
Saya terus mencari bahan bahan diperlukan untuk membuat apple tart di Cold Storage, OU yang memang simple sahaja dan cara memasaknya juga sangat ringkas dan yang paling penting menyihatkan. Ye ke menyihatkan? Dengan cheese cream bagai tu. Hihihihi sekali sekala kan.
Selepas sahaja selesai memasak beriani kambing Pakistan, saya mula membuat crust untuk apple tart dan Juita membuat filling dengan dibantu oleh Along. Tapi sayang lah sebab Angah tak sempat menikmati apple tart yang sedap ini. Memang sedap dan harum sekali baunya. Bau cinnamon yang memang best lah..
Selepas sahaja selesai memasak beriani kambing Pakistan, saya mula membuat crust untuk apple tart dan Juita membuat filling dengan dibantu oleh Along. Tapi sayang lah sebab Angah tak sempat menikmati apple tart yang sedap ini. Memang sedap dan harum sekali baunya. Bau cinnamon yang memang best lah..
Jom layan resepinya...
Bahan bahan:
Crust:
½ cawan/110 gm butter
1/3 cawan/70 gm gula
½ sudu kecil vanilla
1 cawan/125 gm tepung gandum (tambah lagi 1 sudu besar)
Cream filling:
1 biji telur
½ sudu kecil vanilla
8 oz/225 gm cream cheese, softened
¼ cawan/55 gm gula
Topping:
3 biji epal - kupas dan hiris nipis
¼ cawan/55 g gula
½ sudu kecil cinnamon
¼ cawan/30 g slivered almonds or chopped walnuts
Cara cara:
Panaskan oven pada 200°C.
Cara cara:
Panaskan oven pada 200°C.
Untuk kulit:
Putar butter dan gula hingga kembang. Masukkan vanila.
Masukkan tepung untuk menghasilkan doh. Tekan atas acuan tart spring form 8 inci/20 dengan ketebalan sebanyak 1 inci/2.5 cm.
Sementara crust sedang dibakar, satukan semua bahan untuk cream filling dan putar sehingga sebati.
Sediakan topping dengan menggaul rata hirisan epal dengan cinnamon, gula dan kekacang tadi.
Keluarkan kulit tart dari oven. Ratakan bancuhan cream. Susun hirisan epal di atasnya dan taburkan dengan kekacang.
Assalamualaikum Kak Azie.
BalasPadamMohon share di blog saya ye.
Syukran
Silakan. Can link to my blog for step by step with pictures
Padamepal tuh pakai epal hijau/epal merah?
BalasPadamTak kisah epal apa pun.
PadamNi serving untuk berapa orang ye
BalasPadamMasakan ini utk berapa orang?
BalasPadam