Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puding Roti Durian



Puding Roti Durian


Aduhai susahnya untuk berkata TIDAK pada buah yang satu ini, raja segala buah. Buah yang my Laling Hubby beli tempohari masih tersimpan di dalam freezer. Semalam saya dah mencukainya untuk dibuat Bubur  Kacang  Hijau dengan Durian dan Pulut Durian. 

Akibat makan tak ingat dunia, semalam tak lelap tidur dek kepanasan.  Alahai kalau umur dah macam macam ni makan durian yang begitu berlemak berulas ulas, mana boleh tahan. Masih lagi bersisa beberapa ulas. Tak senang hati selagi masih tersimpan di dalam freezer, ada jer rasa nak mengerjakannya.

Petang tadi ke klinik buat pemeriksaan pasal apa tak boleh tidur. Hahaha walaupun semalam makan durian, kandungan gula masih rendah walaupun saya takut untuk membuat ujian gula kerana rasa bersalah teramat dengan diet semalam. BP? hmmm BP pun OK, membuat saya tersenyum dan pastinya BP akan lagi turun secara psikologi. Result ini menjadikan saya tak serik untuk balik memasak resepi berasaskan durian lagi.

OK berbalik pada resepi ini, petang tadi kami terpaksa mengambil Aween dari sekolah USJ kerana driver yang mengambil beliau mempunyai urusan lain. Sementara menunggu di dalam kereta, saya membelek belek resepi dan terjumpa resepi Puding Roti Durian yang bahan bahannya cukup untuk dibuat malam ini juga. Balik rumah, letak sahaja handbag terus masuk dapur memulakan operasi dengan baju pejabat gitu.

Sekejap sahaja penyediaannya dan rasanya sedapppp. Ya lah, kalau apa apa jer yang berasaskan durian, memang sedap ler pada saya. Tak caya? haaa apa kata cuba membuatnya sendiri apalagi hujung minggu ini kita akan bercuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam. Jadi bolehlah disejukkan dalam peti sejuk dan dimakan berulang ulang. Ya la, kalau hari kerja, mana boleh buat begitu kan?

Jom lah kita tengok resepinya... sebab nak cepat, tak ambil pun gambar semasa penyediaannya tadi... layannnn



Puding Roti Durian

Puding Roti Durian 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 paket  agar agar (20 gram)
5 mug air
5 keping roti
2 cawan gula (kurangkan, jika tak suka manis)
1 tin susu cair
2 - 3 ulas durian (diambil isinya)
3 biji telur
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna ikut suka

Cara-cara
Masak agar agar dgn air dan gula hingga hancur.

Sementara itu blend susu cair, telur,  isi durian, roti, esen dan tepung kastard.

Tuang satu senduk agar agar  ke dlm bekas leper dan campurkan satu warna, kacau. Tuang satu senduk lagi untuk warna kedua. Biarkan sejuk dan keras.

Bahan bahan yg di blend dimasukkan ke dalam lebihan agar agar yg di dalam periuk tadi, kacau rata.  Padamkan api, masukkan adunan ke dalam acuan atau loyang yang dibasahkan.

Agar agar yg telah diwarnakan tadi kalau dah keras, dipotong potong kecil dan di masukkan ke dalam loyang yg berisi puding tadi. Kacau rata dan biarkan sejuk dan keras, sebelum dipotong. 

Sedap dimakan semasa sejuk.


Puding Roti Durian



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Puding Roti Durian"