Pengukus Baru
Tadi masa berjalan jalan ke Subang Parade, hajat hati nak jamu mata di Cold Storage mencari apa apa yang boleh dibeli. Tadi terserempak juga dengan sahabat saya, Rafidah dan her laling hubby, Muez. Lama betul tak bersua muka. Dalam mengintai ngintai cake plate, ternampak stainless steel steamer. Walaupun dah beli TRIO Steamer, tapi ada masakan yang tak boleh dikukus menggunakan TRIO Steamer terutama yang perlukan api yang besar dan dikukus dalam jangkamasa yang lama seperti kek buah.
Pengukus yang saya beli ini adalah 3 tier stainless steel 18/10 steamer berukuran 30cm jenama ENDO buatan Japan. Sayang sebab tak ada saiz lagi besar. Ada brand buatan Thailand yang saiz 32cm tapi saya mahukan yang berpenutup kaca bagi memudahkan kita melihat masakan yang sedang dikukus. Yang seronoknya sebab lubang lubang yang kecil, jadi senang lah nak mengukus pulut kuning atau nasi dagang. Tak adalah beras jatuh dengan banyak bila dikukus tanpa menggunakan netting.
Akhirnya saya beli pengukus baru untuk digunakan bersama sama dengan pengukus yang dibeli sejak berkahwin dulu. Masih boleh diguna pengukus lama tu untuk mengukus atau memasak apa apa yang perlukan periuk atau bekas yang besar. Tadi juga akhirnya saya jumpa dengan cake plate yang dicari cari, walaupun bukan secantik cake plate Narumi tapi OK lah, cyrstal cake plate yang simple.
Cantiknye sis pengukus tu. Saya suka, nampak solid. Tutup kaca pulak tu *minat*. If you dont mind, apa nama kedai di Subang Parade tu, dan berapa kah harga beliannye ye?
BalasPadamTerima kasih sis kerana baca komen saya.
Sis beli dalam Parkson di Subang Parade. Cari yg besar yg blh muat loyang 10x10".
Padam