Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Lemak Untuk Peminat Bola Sepak



 
Semasa sedang makan petang tadi yang sepatutnya untuk makan tengahari, hubby memberitahu yang ada beberapa orang kawan ingin datang menonton perlawanan bola sepak antara Manchester United dan Liverpool di rumah kami. My Laling Hubby meminta supaya saya memasakkan nasi lemak yang ingin di makan di waktu half time. Hmmm sehabis sahaja makan, saya terus mula memasak lagi.

Saya menyediakan Nasi Lemak Kukus dan dimakan dengan Sambal Ikan Bilis, Telur Dadar, gulai Ikan Tongkol, Gulai Lemak Perut Dan Ayam Goreng Berempah serta Ayam Goreng Serai. Untuk Nasi Lemak Kukus boleh tengok resepi di SINI. Ayam Goreng Serai pula di SINI. Ayam Goreng Berempah klik di SINI. Gulai Ikan Tongkol pula resepinya ada di SINI. Gulai Pedas Lemak perut ada di SINI.  Untuk pencuci mulut, saya sediakan Bubur Pulut Hitam.  Resepinya klik di SINI.

Semuanya masakan yang pernah saya masak sebelum ini. Ya lah seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, saya memasak untuk keluarga dan anak anak serta kawan kawan. Blog ini hanya memaparkan masakan dalam kehidupan harian saya yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk anak anak suatu masa nanti.

Berbalik pada Gulai lemak perut pula, hari ini first time hubby beli perut yang belum diproses sempurna. Jadi saya merujuk dalam internet, macam mana cara untuk memprosesnya. Rupanya kita perlu menyapu kapur di seluruh perut lembu dan kemudian mengikis dengan pisau sehingga ianya menjadi putih seperti yang kita beli di pasar tu.

Jom kita tengok gambar gambar masakan yang saya sediakan untuk malam ini ...

Nasi Lemak Kukus
Saya tumis dulu bahan bahan dengan minyak dan majerin. Lepas tu masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih, baru masukkan beras. Masak sehingga santan kering, pindahkan nasi ke dalam loyang dan dikukus.




Ayam Goreng Serai
Asalnya saya hanya menyediakan rempah Ayam Goreng Serai. Tapi bila dah digoreng beberapa ketul, saya rasa macam plain sangat pulak. Jadi saya terus menambah rempah rempah lain ke dalam bekas ayam yang sedang diperap untuk dijadikan Ayam Goreng Berempah.




Ayam Goreng Berempah.
Kalau lagi lama diperap, lagi mesra dan lagi sedap. Tapi saya tak punya banyak masa. Sekejap sahaja dah terus digoreng. Tadi tak letak cili pun sebab cili kisar dah habis, nak kisar cili kering dah tak sempat.





Gulai Ikan Tongkol
Ini pun feveret saya juga. Ikan tongkol direbus dahulu. Kalau dibiarkan semalaman, lagi sedap. Ini masakan yang sesuai untuk nasi berlauk atau nasi dagang Kelantan. Saya memang suka gulai ini. Terlerai rindu pada kampung halamanku, juga pada bonda tercinta...



Gulai Pedas Lemak Perut
Ini adalah resepi yang diberi oleh Sahor. Katanya, kuah mesti pekat dan dimasak dengan api perlahan sahaja. Tapi aduhai berjam jam merebus perut lembu, masih liat lagi ler. Tapi sedap dan saya suker sangat. Cuma kesian tengok anak saya kepedasan sampai ditanya berapa biji cili yang mama letak ni..




Sambal Ikan Bilis
Ini pulak sambal yang saya buat sejak dulu. Yang penting, cili mesti betul betul garing sebelum dimasukkan gula. Mesti masuk gula dulu sebelum yang lain lain, bagi menjadikan sambal kita berwarna merah yang cantik. Sambal bidan terjun ni ...




Telur Dadar
Seperti biasa saya suka menyediakan telur dadar daripada telur rebus. Lagipun, ianya lebih menjimatkan kerana 2 biji telur sudah memadai.



Hmmm baru perasan yang nasi lemak saya malam ni, tak ada sayur kerana lupa untuk meminta hubby membeli timun semasa dia ke kedai runcit petang tadi. Itulah bila tak buat senarai barang betul betul, pakai main ingat saje.

Bubur Pulut Hitam
Walaupun ada yang memasak kepala santan untuk dimakan dengan bubur pulut hitam, saya pulak menggunakan susu cair. Lagi lemak, lagi sedap tau ...





Enjoy...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Nasi Lemak Untuk Peminat Bola Sepak"