Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Ayam Kukus Dengan Ayam Panggang



Nasi Ayam Kukus Dengan Ayam Panggang


Hari ini saya memasak Nasi Ayam yang dikukus dan dimakan dengan Ayam Panggang. Kiranya campuran menu nasi ayam lah, bukan original resepi nasi ayam. Sos cili dan sos kicap seperti yang dimakan bersama nasi ayam juga disediakan. 

Resepi nasi ayam, sos cili dan sos kicap menggunakan resepi Nasi Ayam Istimewa yang dimasak sebelum ini. Resepinya boleh klik di SINI. Berbezanya kali ini, nasi ayam dikukus. Manakala ayam pula dipanggang dengan dibakar di dalam oven.



Nasi Ayam Kukus Dengan Ayam Panggang

Resepi ayam panggang ini saya salin dari blog Engineers Love Cooking yang begitu baik hati untuk berkongsi link untuk meningkatkan lagi persembahan blog saya. Terima kasih kerana telah membantu dan juga kerana berkongsi resepi ayam panggang.

Jom kita tengok gambar gambar yang diambil semasa menyediakan Nasi Ayam Kukus dan Ayam Panggang tadi ....



Nasi Ayam Kukus Dengan Ayam Panggang

Nasi Ayam Kukus 
Oleh: Azie Kitchen

Beras dibasuh dan ditos. Tumbuk halia dan bawang putih.



Panaskan butter dan tumis bahan tumbuk, rempah menumis serta daun pandan sehingga wangi. Kemudian dimasukkan beras dan digoreng seketika. Masukkan air rebusan ayam dan garam secukupnya. 




Lepas itu pindahkan ke dalam loyang yang dimasukkan ke dalam bekas pengukus. Kukuslah sehingga nasi masak.





Ayam Panggang

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong empat (4)
Minyak zaitun

Untuk paste
3 sb bawang besar dikisar
2 sb bawang putih dikisar
1 sb halia dikisar
3 sb kicap pekat
1 sb madu
1 sb serbuk kunyit
1 sb cili kisar
1 sk serbuk ketumbar
1 sk jintan putih
1 sk jintan manis
1 sk lada hitam
Sos tomato, sos cili dan sos plum
Garam

Hiasan
1 biji kentang
4 inci lobak merah dibelah
1 biji bawang besar dibelah empat
1 batang seleri dipotong sepanjang 2 inci

Cara cara
Rebus ayam sekejap untuk mendapatkan air rebusan ayam. Lumurkan paste keseluruh bahagian ayam.  Ayam yang telah dilumur disusun dalam bekas untuk dipanggang yang telah disapu dengan butter.



Masukkan bahan hiasan dalam bekas dan direnjis minyak zaiton.



Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama lebih kurang 30 minit.




Keluarkan dari ketuhar dan angkat ayam yang telah masak.  Bahan hiasan diasingkan dan dicurah sos yang terhasil semasa memanggang ayam.


Nasi Ayam Kukus Dengan Ayam Panggang

Nasi Ayam Kukus Dengan Ayam Panggang



Boleh lah dihidangkan dengan nasi ayam kukus.  

Enjoy ...

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Nasi Ayam Kukus Dengan Ayam Panggang"