My Best Red Velvet Cake Ever
Dulu beli kek ini di Bangsar Shopping Mall selepas diperkenalkan oleh my friend, Dato' DKDI. Malahan beliau telah menghadiahkan untuk Nana sebiji kek red velvet sebelum Nana balik ke Egypt. Saya memang suka sangat dengan kek ini. Selagi tak habis, masuk dapur jer, makan sepotong sepotong tak kira pagi atau malam. Begitulah gemarnya saya pada kek ini. Tapi dah agak lama saya tak membelinya kerana ingin mengawal sedikit pemakanan makanan berlemak, kononnya.
Kek ini sangat sedap, sangat yummy, yummy dan yummy. Warnanya tak semerah cinta yang merah membara kerana saya hanya menggunakan 1 sudu sahaja red food colouring kerana kehabisan stok. Sepatutnya 4 sudu besar, jadi boleh agaklah impaknya pada warna kek saya kan? Resepinya saya translate dari resepi omputih All Recipes di SINI. Cuma untuk frosting, saya menggunakan resepi yang digunakan oleh Nana untuk Kek Carrot.
Jom cuba ...
Red Velvet Cake
1 cawan buttermilk
½ cawan shortening (boleh guna butter, oil, majerin)
1 ½ cawan gula
2 biji telur
2 sb serbuk koko
4 sb red food colouring
2 ½ cawan tepung gandum
1 ½ sk baking soda
1 sk garam
1 sk vanilla extract
1 sk white vinegar
Frosting:
1 buku butter
1 ketul cream cheese
4 cawan confectionary sugar
2 sk vanilla extract
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 175C. Letakkan kertas kek dan sapu butter pada 2 loyang bersaiz 9 inci.
Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, garam dan serbuk koko. Gaul rata.
Menggunakan electric mixer, putar shortening dalam 1-2 minit, masukkan gula putar lagi 2 -3 minit hingga kembang dan gebu.
Masukkan telur sebiji sebiji dalam satu masa. Putar lagi. Masukkan vanilla.
Di dalam measuring cup, satukan buttermilk dengan red coloring. Kacau sebati sehingga pewarna sekata.
Dengan kelajuan perlahan, masukkan tepung dan buttermilk dalam 3 kali secara berselang seli.
Dengan kelajuan perlahan, masukkan tepung dan buttermilk dalam 3 kali secara berselang seli.
Satukan white vinegar dengan baking soda di dalam cawan sehingga berbuih dan terus tuang ke dalam adunan. Gaul sebati secara kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam 2 acuan dengan jumlah yang sama banyak.
Bakar selama 25 - 30 minit. Saya menggunkan hanya 1 loyang bersaiz 8", jadi tempoh memasak dalam 50 minit. Uji dengan cake tester. Biarkan kek betul betul sejuk, wrap dengan plastic dan letak dalam peti ais selama 1 jam sebelum diletakkan frosting.
Belah kek secara horizontal menjadi 3 - 4 layer. Permukaan atas kek diletak terbalik ke bawah dalam serving platter.
Sapu frosting di setiap lapisan dan seterusnya. Sapukan frosting di atas dan juga di sekeliling kek.
Penyediaan frosting:
Satukan semua sekali bahan bahan di atas dan whisk sebati hingga mencapai kepekatan yang bersesuaian.
Enjoy ....
Catat Ulasan for "My Best Red Velvet Cake Ever"
Add your comment