Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mabeles Homemade Stuffed Crust Tuna Pizza


Stuffed Crust Tuna Pizza



Saya masih menyimpan 1 bahagian dari doh pizza di dalam peti ais. Jadi penyediaan pizza malam ini menjadi sangat cepat. Keluarkan dari peti dan biarkan seketika sebelum mula mencanai untuk dibuat stuffed crust tuna pizza. 


Stuffed Crust Tuna Pizza

Oleh kerana Juita mahukan crust yang nipis, saya menyediakan 2 pizza crust dengan 1 pizza bersaiz kecil. 

Kalau nak tengok cara membuat doh pizza, boleh klik di SINI ya.

Jom tengok gambar gambarnya ...



Stuffed Crust Tuna Pizza


Homemade Stuffed Crust Tuna Pizza
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Tuna 
Sedikit filamen crab
Nenas dalam tin
Green capsicum
Bawang besar kuning
Pizza sauce
Itallian herbs
Pizza plus cheese
String Cheese (sticks)


Mula mula canai doh pizza dengan melebihi saiz pizza pan dalam 1 inci.  Letakkan string cheese di sekeliling pan dan ditutup dengan lebihan doh tadi.










Letak sos pizza di tengah tengah doh dan ratakan dengan belakang sudu dengan pergerakan membulat di serata permukaan doh pizza. 


Taburkan  itallian herbs. Kemudian tabur sedikit cheese parut sebelum diletakkan bawang besar dan nenas.



Letak pula tuna dan filamen crab. Akhir sekali tabur cheese parut.




Sapu permukaan sekeliling doh dengan olive oil.






Bakar dalam suhu 250C selama 5 minit dan kurangkan ke 220C selama 15 minit lagi atau sehingga crust bertukar keperangan.





Bolehlah diangkat dan pindah ke atas papan pemotong.  Potong dengan pisau pemotong pizza dan hidangkan panas panas.


Stuffed Crust Tuna Pizza

Stuffed Crust Tuna Pizza




Enjoy ...

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Mabeles Homemade Stuffed Crust Tuna Pizza"

  1. kak ... mohon share ilmu ni yer ... insyaallah jadi... kejap lg nak buat ... terliur sudahhhh .... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. PS, silakan. Nnt boleh share dg kawan kawan pula

      Padam
  2. kak cara bakar mcm.mana.. guna api atas bawah ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau resepi tak sebut secara spesifik, maknanya atas bawah lah.

      Padam
  3. salam kakzie, tak sabau nk balik petang ni nk try :)

    BalasPadam
  4. salam kak mana nak dapat pizza sauce tu ? giant or tesco ade ke kak?

    BalasPadam
  5. Esok nk try buat . Nmpak sdap sgt akk buat :)

    BalasPadam