Let's Make A Perfect Hard Boiled Eggs For Breakfast
Aduhaii nak rebus telur pun kena belajar juga ke? Masuk jer lah dalam periuk, masuk air dan rebus lah. Apa yang susahnyer. Hmmm itulah yang saya buat selama ini. Tapi dengan sedikit ilmu yang digali, kita boleh mendapatkan hasil yang berbeza. Alaa macam Ogy Dato Ahmad Daud yang selalu pesan kat peserta AF supaya gali gali gali ilmu tu. Macam tu la, kita kena gali ilmu memasak ni.
Hard boiled egg adalah salah satu makanan yang sesuai untuk sarapan terutama mereka yang berdiet. Boleh disediakan sebelah malamnya, simpan dalam peti sejuk. Sesuai untuk mereka yang sibuk as a meal on the go...
Saya belajar dari internet, melihat video dan mencuba sendiri. Haaa macam mana nak buat tu? Nak rebus macam mana tu? Hahahaha OK lah cara nya begini:
Cara Merebus Telur
Masukkan paras air dalam 1 - 2 inci lebih dari telur. Masukkan secubit garam.
Buka api dan masak sehingga air hampir mendidih. Sebaik air mendidih, terus perlahankan api dan biarkan ianya simmer selama 5-8 minit mengikut berapa masak telur yang kita sukai.
Angkat telur dan terus lalukan bawah air paip untuk menghentikan telur dari terus masak.
Hasilnya telur rebus menjadi sangat sedap dan lembab serta berkhasiat.
Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk dimakan di waktu lain yang agak sibuk. Rendam dalam air panas sekejap sebelum dimakan.
Cara mudah untuk mengupas telur ialah dengan memecahkan kulit telur dan direndam dalam air seketika. Kupas telur di bawah air paip. Pasti mudah mengupas kulitnya.
Kalau nakkan telur kuning berada cantik di tengah tengah telur putih adalah dengan cara selalu mengacau ngacau telur semasa direbus. Tapi jangan dikacau kuat kuat pulak, takut nanti pecah pulak telur tu.

Selamat mencuba...
Salam.resepi sedap & mudah faham.smoga azie dirahmati n diberkati Allah ats ilmu yg diberikan
BalasPadam