Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jom Belajar Membuat Homemade Pizza Dough

  

Jom Belajar Membuat Homemade Pizza Dough



Saya tidak pernah pun terlintas untuk membuat pizza kerana saya tidak berapa gemar memakan pizza. Tapi Aween asyik menyebut pasal pizza. Pandai pulak dia nak memujuk saya dengan mengatakan "mama kenalah buat pizza juga, barulah ada varities dalam blog mama. Nanti orang tengok masakan yang sama jer". 

Hahaha itulah bijak budak kecil tu memainkan perasaan kita. Memang dia sekarang ni pemakan. Ya lah usia seperti dia yang tengah membesar. Sampai malam tadi dia minta supaya saya bangun pagi pagi dan sediakan cucur udang untuk dia makan sebelum ke sekolah, bila saya beritahu yang saya bekerja hari ini, jadi mesti tak sempat.

Untuk memujuk Aween, saya mencari resepi pizza yang mudah, ada pizza ekspress yang hanya menggunakan roti gardenia saja sebagai base. Tapi dia tak mahu kerana itu bukan original pizza katanya. So apa nak jawab dengan anak anak yang minta dimasakkan makanan kegemaran. Tiada pilihan melainkan saya mengajak hubby ke Village Grocer mencari bahan bahan untuk membuat pizza. Seperti biasa saya akan cari yang mudah dibuat, menggunakan bahan yang simple dan yang penting, hmmm semestinya sedaaappp.... Doh ini sangat gebu dan lembut. Saya sangat sangat berpuas hati.

Sementara menunggu Aween balik dari sekolah saya menyediakan doh pizza. Hanya akan dibakar panas panas bila dia hampir sampai di rumah. Sesampai saja di rumah, dia terus membuat topping pizza sendiri. Jom saya layan anda semua dengan langkah demi langkah menyediakan doh pizza resepi omputih. yeah...



Jom Belajar Membuat Homemade Pizza Dough


Homemade Pizza Dough
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

Cara cara:
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.






Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.







Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.






Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.

Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.






Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.



 

Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian








Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.









Siaaap doh yang gebu dan lembut ini.  Siap untuk diletakkan sos dan topping ...



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

143 ulasan for "Jom Belajar Membuat Homemade Pizza Dough"

  1. Memamg dah lama nak cuba, nanti nak buat la..

    BalasPadam
  2. Saya sangat berpuashati dengan resepi ini. lepas cuba, bolehlah update ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus tu kak,nnti I try...

      Padam
    2. saya dh bnyk kali buat..alhamdulillah mmg puas hati..dn jd bisnes anak2 kt sklh��

      Padam
    3. saya baru cuba tadi. memang sangat mudah dan menjadi. terima kasih puan azie.

      Padam
  3. sis ... odw nak buat nih.. harap2 menjadi :D Thanks 4 d recipes ... <3

    BalasPadam
  4. Resepi yang simple n menarik. boleh cuba ni. TQ share resepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah. Pasti menjimatkan

      Padam
    2. oh,lebih kurang je rupa nya doh dgn doh donat..esok nak cuba.

      Padam
  5. byknye resipi yg best2 dlm blog auntie! sy suke sgt! rasa mcm nk try semua!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, ambik masa dan cuba satu persatu

      Padam
  6. auntie,macam mana nk pstikan yg doh tu lembut ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah pernah guna resepi di atas ke. Saya buat, OK jer

      Padam
  7. blum cuba lgi..nti nak guna recipe nih lah :D
    thnks auntie..

    BalasPadam
  8. Tq for the recepi..mmg berbaloi..
    Saya dah cuba,t.kasih sis :-)
    Semoga Allah murahkan rezeki sis bkongsi ilmu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ROTI TU BOLEH SIMPAN X ?
      UNTUK MASAK SEHARI DUA LG KE?
      KLU X HBIS ?

      Padam
  9. azie tq for the best pizza dough recipe ever

    BalasPadam
  10. i have been making pizza like more than 10 years now.. and i must tell you that this is the best recipe i have tried. tq for sharing and the tutorial

    BalasPadam
  11. Cara nak buat doh pizza ni mcm nk buat donut kn..tq for sharing...nk try buat nnt..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi doh pizza x letak telur..

      Padam
  12. tak perlu bakar dulu ke doh tu azie ataupun bakar serentak dgn bhn2 yg lain di atas doh tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu. Boleh tengok di http://aziejaya.blogspot.com/2012/02/homemade-pizza-with-stuffed-crust-pizza.html

      Padam
  13. Akak sy nak tny, kenapa akak guna pisau ek untuk gaul?

    Sori, budak baru belajar bertanya... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak pasti kenapa, saya agak supaya tangan yang mengeluarkan haba tidak kena pada bahan bahan pada masa tu lah kot. Itu saya ikut cara dari video omputih.

      Padam
  14. Salam...sy nk tnya..bakar dlm suhu bape drjh celcius n bape lma yee...mntk maaf klau sy kacau sedari...

    BalasPadam
  15. Nk tnye klo olive oil tkr pd myak msk biasa bpeh ke

    BalasPadam
  16. Terima kasih kerana share resepi ini.saya dah try & menjadi. Kulit pizza tu rangup di luar dan lembut di dalam.tekstur still sama walaupun dah sejuk. - Aziah

    BalasPadam
  17. Tq so much kak...first time buat pizza...mevelles..memang sedap

    BalasPadam
  18. tq akak.sy dh.cuba.alhamdulillah jd

    BalasPadam
  19. terima kasih ... :D saya dah cubaa.... allahamdulliahhh sedapp :D

    BalasPadam
  20. Tq utk resepi ni.sy bt terus jd....suka..

    BalasPadam
  21. Tq utk resepi ni.sy bt terus jd....suka..

    BalasPadam
  22. dah try dan sangat-sangat puas hati.thanks :)

    BalasPadam
  23. x pakai mentega ke? liat melekat-lekat lah kt tgn..mmg x lucut la dari tgn...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya buat tak melekat pun. Tengok gambar. Kan resepi tu ada olive oil.

      Padam
  24. berapa lama nak kena uli?

    BalasPadam
    Balasan

    1. Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.

      Padam
    2. Kak azie...sy buat pon melekat2. Tolong sy. Tak tahu mana silap.

      Padam
    3. Kak azie...sy buat pon melekat2. Tolong sy. Tak tahu mana silap.

      Padam
  25. musti kena cuba nih!!! tq 4 sharing...

    BalasPadam
  26. 1 1/2 cawan tu berapa ml ye, auntie?

    BalasPadam
  27. kalau ikut resepi ni yg guna 4 cwn teppung jd berapa keping pizza

    BalasPadam
  28. terima kasih sbb sudi share resipi buat doh pizza ni..saya baru kene sound ngn hubby sbb tak pandai buat pizza..huhuhu..nk kena belaja bersungguh2 ni..

    BalasPadam
  29. Kalau x taruk olive oil 2 boleh x?

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum. Terima kasih pada azie yg sudi berkongsi resepi dough pizza nie. I mmg ske sgt mkn pizza. Sabtu kelmarin I trus mencuba n menjadi lak tu. mmg ramai yg ske. I lak mmg ske yg western2 nie. Nak cari resepi lagsana biscuit lak, azie ada ke?
    Terima kasih berbyk2 yea azie share resepi ngan kekwn semua.....

    BalasPadam
  31. assalamualaikum nama saya hasif saya ingin berkongsi rahsia bagaimana menjana pendapatan membuat bun,pau pizza style hotel
    hanya dirumah dan mempunyai pakej video step by step http://rahsiabun.ashadee.com/go/hazim1993/

    BalasPadam
  32. Tkasih Kak. Sy dah buat kemarin, memang menjadi, sy pki sos spaghetti je. Roti ok, lembut n gebu, cuma sy buat agak tebal, Sy buat 2, 1st ok, 2nd tlebih masak, keras smcm. Anyway, thanks for the recipe. So far sy follow resipi ini, semua tsgtlah ok. Terbaiklah kak. Thanks a lot.

    BalasPadam
  33. Apa beza guna tepung gandum ngan tepung high protein

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepung gandum tepung yang biasa ada di kedai runcit. Tepung high protein ada dijual di kedai bakeri. Tepung telah dicampur dengan bahan lain.

      Padam
    2. Klau tukar tepund gandum guna tepung high protein ikut smua smua sukatan ni boleh kan

      Padam
  34. Tengah try buat....harap-harap menjadi....

    BalasPadam
  35. Dah buat ptg smlm,alhamdullilah menjadi gebu dan lembut..terima kasih sbb sudi berkongsi resepi.. ;)

    BalasPadam
  36. Dough ni sangat bagus dan sedap . Senang nak buat :) Terima kasih :D

    BalasPadam
  37. Kalau x gna olive oil,guna minyak biasa,xblh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga. Gunalah minyak jagung ke atau minyak biasa pun boleh

      Padam
  38. k.azie saya pinjam resepi letak kat blog yer.. anak saya suka sgt pizza yang saya buat. resepi akk senang nak ikut. terima kasih..

    BalasPadam
  39. thanks for the resepi...mmg mnjadi. ..dh buat 2 kali. ..arini buat 3 pan habes lucin licau..

    http://azzahravitamin.com

    BalasPadam
  40. Salam, kak axis, says dah cuba resepi doh pizza ni. Sedap dan tetap lembut walaupun sejuk..first time buat, saya buat tray besar hehe 12 x 14 inci..merata saya agihkan..hehe, terima kasih kak...saya farah =)

    BalasPadam
  41. salam kak azie, semalam saya cuba resepi ni untuk suami, hasilnya sangat memuaskan hati. cuma olive oil tu saya tukar guna cooking oil biasa je sbb xde olive oil. pun begitu, suami sgt suka, excited dia tgk doh gebu lembut, dan mudah pula tu nak buat. terima kasih banyak kak atas perkongsian resepi. :)

    BalasPadam
  42. Alhamdulillah..saya dah cuba resepi pizza di atas. Ternyata ianya sungguh sedap. Doh lembut dan gebu!!!!

    Terima Kasih atas perkongsian resepi.

    BalasPadam
  43. Kalau ganti olive oil pakai minyak jagung boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Minyak apa pun boleh. Tapi lagi baik kalau guna vege oil.

      Padam
  44. lepas tuang air yis, nak tuang apa lagi tu ek?

    BalasPadam
  45. Saya pernah buat pizza ni...dohnya saya buat sperti doh pau..lembut dan gebu..
    Sosnya mnggunakan sos prago..
    Akak pakai chees ape yer??

    BalasPadam
  46. tima kasih kerna share resepi buat pizza...memandangkn saya mempunyai anak yg ramai kalo gi pizza memang banyak kuar duit..tapi dgn resepi yg ada saya dpt berjimat.anak2 pon suka.semoga tuhan memberkati kak azie...panjang umur n murah rezeki....

    BalasPadam
  47. Alhamdulillah..terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yang hebat ini..semoga kak zie dimurahkan rezeki..

    BalasPadam
  48. Salam..minyak nyer kalao tukar ml brapa ye
    1/4 cawan tk banyak ke
    Trimakasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Maaf tak pasti. Saya ikut resepi jer.

      Padam
  49. Salam azie... dekat setahun saye try cari resepi buat doh yg lembut n gebu.. trnyate mmg resepi azie ni la yg terbgus... 1st time buat jer.. mmg lembut n gebu...

    BalasPadam
  50. salam kak..sy cuba pagi tadi..memang terbaik resepi akak ni..first time sy buat..sy ni jenis yg tak pandai langsung bab2 kek ngan roti ni..tapi tadi alhamdulillah,menjadi..suami sy pun tak percaya yg doh tu buat sendiri..hehe..dia kata akak ni tak kedekut ilmu..anyway..thanks alot...

    BalasPadam
  51. Salam kak nk tnye knp last sekali doh tu kn bhg kpd 2 bhgn? Kite kn gn 1 bhgn sahaje ke?
    Syazana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Utk dijadikan 2 biji pizza doh

      Padam
  52. Salam kak, nak tanye la nk bakar tu api atas bawah ke atau bawah sahaja? suhu berapa n berapa minit? sy nk cuba... :)

    BalasPadam
  53. salam.. kalau dah sejuk masih lembut lagi tak ?

    BalasPadam
  54. Thanks k.azie..sy dh try..memang jadi..semga k.azie sekeluarga dirahmati Allah..thanks 4 sharing😊

    BalasPadam
  55. best betul resepi kat sini.. tak sabar nk buat pizza esok

    BalasPadam
  56. Best sgt² resepi ni kak... Owsem.... Sy uli tepung byk td..sy wat 3 resepi.. Sume menjadi.. Roti tempayan cheese, roti goreng buh sosej, pizza... Fuuhhh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh.. banyak nye.. best nye membaking nih.. minat ade... ngah usahe jadikan kenyatan..!

      Padam
  57. Thanks kaq.. Dh byk kli St wt doh ni utk donat ball sambal.. Lau sy nk try utk roti boleh X?

    BalasPadam
  58. Assalam azie..klu sy guna tepung high protein blh tak? Ada beza tak resepinya?

    BalasPadam
  59. Slm kak.sy dh byk mncuba resepi2 dr blog akak.alhamdulillah smuanya menjadi.ni nnt nk try wat pizza ikut rsepi nih pulok.tq for sharing kak.smoga akak n fmily murah rzeki n d rahmati Allah.

    BalasPadam
  60. Kak azi leh x kta letak tpung yg dh siap buh topping 2 dlm peti ais....utk masak esok harinya

    BalasPadam
  61. Salam..kak. Minta izin copy resipi ^_^

    BalasPadam
  62. Salam kak, saya dah buat n memang best.. mohon share resepi eh.. tq

    BalasPadam
  63. Trme ksih Kak sy dh buat tadi..memang sedap la wlaupom sy guna minyak sayur Jew.

    BalasPadam
  64. hi..4 cawan tepung gandum kalo dlm gram brpa ya?

    BalasPadam
  65. K.azie, harus saya mencubanya since bahan3 mmg ade dlm fridge. Basil leave pun ade.

    Moga Allah membalas jasa k.azie yg sudi berkongsi resepi yg sedap2...

    BalasPadam
  66. Puan Azie...terima kasih...insyaallah cuti sek. nnti nk cuba buat...

    BalasPadam
  67. bole guna tepung high protin tak

    BalasPadam
  68. akakk
    sy mtk izin x copy ya nk try buat..
    tq banyak2 sbb share..
    doakan sentiasa murah rezeki hendakknya

    BalasPadam
  69. tq kak azie...menjadi betul...

    BalasPadam
  70. Sk tu byk mana ye? Sy kurang tahu 2sk yis tu byk mana.

    BalasPadam
  71. Alhamdullillah..menjadi dough tu gebu sangat...tq for the recipe yummy

    BalasPadam
  72. doh tak naik pun kenapa ek ?

    BalasPadam
  73. Salam kak azie... Dulu dah pernah buat pizza guna resepi ni.sdp..lembut..tq kak.ni sy tgh buat lg skali.hehe.

    BalasPadam
  74. Nk bakar pizza tu bape darjah and bape timer die

    BalasPadam
  75. alhamdulillah...resepi ni la saya buat utk jualan..mmg mudah dan lmbut dohnya..cuma olive oil gnti dgn mnyaasak biasa..alhamdulillah ttp ok..tq azie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya doakan semoga rezeki bertambah dan barakah.

      Padam
  76. Assalam Kk azie.. dulu sy dah try resepi ni mmg menjadi sgt2.. cuma skg nk buat skali lagi saya confuse.. Sbb tktau nk bakar pada suhu brapa. Tk silap saya dulu saya bakar sparuh dulu.. frozen dulu pun boleh,buat byk2.. huhu..boleh x Kk azie share nk bakar pd suhu brapa n brapa lama klau utk doh nk simpan.. n kalau dah letak topping Pula ats yg dah bakar sparuh tu brapa suhu n masa nya. T.kasih k azie ats perkongsian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Masak dalam suhu 250C selama 5 minit dan 220 C selama 1 - 2 jam.

      Padam
    2. Alhamdulillah..t.kasih krn sudi jwb Kk azie.. arini nk buat utk kami Org dtg takbir kt rumah. 😃

      Padam
  77. Nak try la.xyah letak bread shortening ke??

    BalasPadam
  78. terima kasih sis atas perkongsian resipi..

    bahan simple je,tp alhamdulillah pizza doh menjadik...semoga dipertambahkan rezeki lagi lps ni..

    faizah,srwk

    BalasPadam
  79. Salam k azie,lupa nk bgtau sy cbe wat pizza ptg smlm..alhmdulilah mnjadi tp tebal ckit.suami pji sdap dn lmbut tp byk lg sy kne baiki bab topping.jus nk bgtau resipi k azie mmg x penah mngecewakn sy.klu nk bkak rsipi sy msti cri k azie pnye sbb hsil nya mmg sdap trutama aym msak merah.trima ksih skli lg

    BalasPadam
  80. Resepi ni memang menjadi dan tak mengecewakan but lupa nak ambil gambar..
    Terima kasih Kak Azie

    BalasPadam
  81. As'salam kak azie. Sy minta prtolongan. Smlm sy cuba resepi ni..tapi x jadi. Doh sy melekat kat tgan wlaupun sy dh uli lama mcm melekit. Sy nk cuba resepi ni juga cz resepi kak azie trbaik...plz kak azie. X tahu mana silapnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya punya pun melekit2.kawan saya kata tak cukup uli. K azie,selalunya uli mkn masa berapa lama?

      Padam
    2. Kalau melekit, tmbah lagi tepung sedikit demi sedikit dan uli lagi sampai lah tak melekit 😊

      Padam
  82. assalamualaikum,resepi yang ni bakar berapa lame? pada suhu berapa? api atas bawah ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya bakar suhu 200 selama 15min.... Ins sya Allah. oven Khind saja.

      Padam
  83. Sudah try this recipes, mng terbaik. Pizza saya naik gebu. Bawahnya rangup.saya bakar guna pemanggang ajaib je. Sebabkan gebu sgt makan dua slices dah kekenyangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak bakar pakai suhu brp & brp lama ye zullaiha

      Padam
  84. kak, utk doh gebu akak ni berapa suhu oven & masa diperlukan untuk masak bagi size 2 keping doh sbgmana resepi akak tu??? saya scroll dr ats smpai last pun masih xjumpa utk dptkn info ni.. Yg Ada cuma utk bakar separuh & sambung bakar yg dh sedia ada je mcm yg ni... suhu 250C selama 5 minit dan 220 C selama 1 - 2 jam.

    Klau utk yg fresh doh kita buat ni, apa kepanasan & masa diperlukan utk masak pizza ni.. Harap sgt kak azie reply.huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya bakar sama dg pizza lain. Boleh klik di entri http://www.aziekitchen.com/2012/02/pizza-nur-qaseh-yang-yummy.html. Sama jer

      Padam
  85. Byk kali dh buat..mmg mudah dan sedap..terima kasih k azie.. blog akk menjadikan sy seorg yg rajin memasak 🤗

    BalasPadam
  86. salam..saya dah buat resepi ini dah kali keempat ..terima kasih puan .semoga Allah merahmati puan sekeluarga .

    BalasPadam
  87. Baru aja buat. Mmg sgt sgt sgtt sedapp 😋. Tq ya puan Azie sudi share resepi marvelous ni

    BalasPadam
  88. tq Azie....saya salin dan simpan. Menjadi pizza saya. Jimat duit tak yah merambu beli dgn domino lagi. Jazakkallah!

    BalasPadam
  89. Salam, Tq for sharing delicious recipes. Really awesome taste!!!
    I wanted to share my personal recipe : Roti Pizza Sosej Mini.
    Can try this.....Yummy yummy until lick ur fingers.
    Source and citation: http://resepirotipizzasosejmini.blogspot.com/

    BalasPadam
  90. Assalamualaikum, terima kasih untuk resepi yang enak. Memang sedap.
    Saya teringin nak share Resepi Nasi Ayam Madu Sedap dan Mudah.
    Boleh try ni.....taste enak!
    Source and citation :
    http://resepinasiayammadusedap.blogspot.com/

    BalasPadam
  91. lepas da siap buat doh, kene bakar doh dulu ke atau bakar sekali ngan topping? boleh tau suhu oven & masa berapa lama?

    BalasPadam
  92. Alhamdulillah saya suka masakan kak azie..terima kasih k.azie memberi ilmu masakan yang sangat sedap..

    BalasPadam
  93. Its my favorite recipe, tq for the great share.
    Check out my recipe and try if you like
    http://resepirotijalamatgebu.blogspot.com/

    BalasPadam
  94. In shaa Allah nak cuba nanti. Tq for sharing. Byk jg resepi kak Azie yg saya cuba berjaya. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  95. Doh ni buleh simpan dlm freezer brapa lama ya

    BalasPadam
  96. Brp lama ye tempoh masa utk bakar n suhunya?

    BalasPadam
  97. Salam.. Azie
    T.ksh kerana share resepi doh pizza.
    Alhamdulillah...
    First time buat... sedap sesangat...xperlu lg g order pizza d luar... 😍

    BalasPadam
  98. Alhandulillah first time buat pizza menjadi ... lembut je pizzanyerr sedap pulak tu🤗 terima kasih bagi resepi❤

    BalasPadam
  99. thank you kak azie...memang perfect resepi ni.. menjadi malah lebih sedap dari pizza yg biasa kita beli dr restaurant

    BalasPadam
  100. Bakar die brape lama ya..
    Sbb tgk xde pun...sory,firstime nk cuba buat utk anak²

    BalasPadam
  101. Salam puan azie ,saya dh buat 2x tetapi ,bhgian tepi pizza roti nya rasa keras..saya guna cawan metrik 236ml pya,tp sedkit kering ,jdi saya tmbh 1/2ml air lg dlm adunan.kenapa agknya ya puan?

    BalasPadam