Apa BCP Untuk Diri Sendiri?
Dalam entri saya sebelum ini, saya kongsikan pertanyaan sahabat saya, Abdul Hanan berkenaan BCP untuk diri sendiri. Apa BCP kita sebagai persediaan di kemudian hari? Apa itu BCP? Business Continuity Plan lah kan? Hahaha yang short form tu semua orang tahu.
BCP kalau dalam konteks kerja saya ialah memastikan kritikal business functions berjalan dan berterusan seperti biasa walau di dalam krisis atau apa keadaan sekali pun. Tapi BCP yang Abdul Hanan maksudkan ialah BCP di sana, selepas kita tiada lagi, bagaimana hendak dipastikan juga amalan kita beroleh ganjaran yang berterusan walaupun kita tiada lagi di dunia ini. Ini adalah seperti SABDA Rasulullah s.a.w. bermaksud:

“Apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang salih yang mendoakan baginya.”
Amalan anak Adam terputus dengan datangnya ajal. Namun berdasarkan hadis Nabi s.a.w. di atas, terdapat tiga perkara yang berkekalan pahalanya meskipun orang itu sudah meninggal dunia. Jom kita tengok secara ringkas:
Anak Soleh Yang Mendoakan:
Ilmu Yang Dimanfaatkan:
Jika perkara yang memberi manfaat kepada orang ramai, seolah-olah mereka tidak mati lantaran pahala daripada amal yang dibuat semasa hidup itu terus kekal bagaikan air mengalir, meskipun amalannya telah terputus kerana kematiannya.
Hadis tersebut mendorong orang Islam jadi golongan paling rajin mengajar, mereka sedar adanya anugerah Allah SWT yang berterusan dengan pelbagai kelebihan mengajar itu. Mengajar lah apa sahaja asal memberi manafaat dan kebaikan kepada orang ramai, ganjaran dari amalan dan perbuatan semasa hidup akan tetap berterusan.

Ilmu yang diajar dan dimanfaatkan dalam kehidupan mereka, khususnya ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengingatkan kepada hari akhirat. Malah apa jua ilmu yang mendatangkan faedah dalam kehidupan insan. Jika kita relate dengan perkongsian resepi di sini juga adalah salah satu bentuk berkongsi ilmu yang bermanfaat. Jom di samping menjamu mata dengan gambar gambar masakan yang cantik dan resepi resepi yang sedap, kita jamu pula minda kita dengan ilmu yang berpesan pesan ke arah kebaikan ...
Sedekah Jariah:
Sedekah Jariah:
Selain ilmu yang bermanfaat, BCP kita juga patut mengandungi sedekah jariah seperti mewakafkan harta untuk membina masjid, madrasah dan sebagainya yang juga merupakan amalan yang berterusan ganjarannya. Ini kerana masjid, madrasah diguna untuk kepentingan masyarkat Islam beribadat dan menyebar ilmu Islam serta mendidik anak anak supaya menjadi insan soleh.
Selama mana binaan daripada wakaf jariah itu diguna pakai oleh masyarakat untuk kebajikan, selama itu pahalanya terus mengalir diterima oleh orang yang bersedekah jariah itu, meskipun setelah mereka meninggal dunia.
Selama mana binaan daripada wakaf jariah itu diguna pakai oleh masyarakat untuk kebajikan, selama itu pahalanya terus mengalir diterima oleh orang yang bersedekah jariah itu, meskipun setelah mereka meninggal dunia.
Anak Soleh Yang Mendoakan:
Mempunyai anak soleh yang sentiasa mendoakan baginya sentiasa mengenang budi baik ibu bapanya dan menghormati mereka sejak kedua duanya masih hidup, hingga mereka kembali ke Rahmatullah.
Ciri ciri anak yang soleh ialah sentiasa berbuat baik kepada kedua dua ibu bapa, mendoakan kedua duanya selepas solat atau waktu selainnya. "Ya Allah ampunikanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihani dan mendidik ku sejak dari kecil".
Kesimpulan:

Dalam kesibukan harian, kita terlupa untuk menyediakan BCP untuk diri kita sendiri sebagai bekalan di alam yang kekal abadi. Marilah kita sama sama luangkan masa untuk menyediakan sebanyaknya BCP dengan berkongsi ilmu yang bermanfaat yang sebenarnya tidak memakan masa yang lama pun. Jika kita ada masa untuk memberi komen komen dalam facebook, tentu juga kita boleh luangkan masa untuk memanjangkan ilmu yang dikongsi pada sahabat sahabat kita ...
It's actually a great andd useful piece of information. I'm glad
BalasPadamthat you simply shared thiis ussful info with us. Please
stay us up to date like this. Thank you for sharing.