Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Speechless Spaghetti Aglio e Olio

Spaghetti Aglio e Olio

This Spaghetti Aglio e Olio Recipe (Spaghetti with Garlic and Oil) Almost Left Me Speechless! Haaaa ini lah yang menyebabkan saya terpikat untuk mencuba resepi ini walaupun cara saya memasak sebelumnya adalah sedikit berbeza. Spaghetti aglio e olio yang disebut "ah-leoh-oh-leoh" adalah resepi yang sangat simple. Bahan utamanya ialah garlic dan olive oil sahaja. Boleh juga dipanggil garlic spaghetti. Yang paling penting dalam proses memasaknya ialah menggoreng bawang putih di dalam minyak olive dengan api kecil hingga kekuningan tapi jangan sampai hangus pulak. 

Sedap, sangat sedap. Itu yang boleh saya katakan mengenai resepi ini. Lebih lebih lagi saya memang sangat menggemari bawang putih. Kalau memasak apa apa pun, saya suka meletak banyak bawang putih. Bawang putih yang digoreng garing dan diletak dalam kacang tanah goreng juga menjadi favorite saya. 

Penyediaan juga sangat cepat. Sungguh cepat. Saya pasti sesiapa yang menggemari sesuatu yang simple, pasti suka dengan spaghetti Aglio e Olio ini yang hanya mengambil masa 10 minit untuk disediakan. Cuba, jangan tak cuba ya. Jom layannn.... 

Spaghetti Aglio e Olio

Spaghetti Aglio e Olio
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500g spaghetti
Garam
1 sudu besar olive oil

6 ulas bawang putih - hiris nipis 
1/2 cawan olive oil 
1/4 sudu kecil red pepper flakes
1/4 cawan Italian parsley - cincang
1 cawan grated Parmesan cheese 

Pasta direbus mengikut masa ditetapkan di bungkusan. Angkat dan tos. 

rebus spaghetti

Panaskan olive oil dan masukkan bawang putih yang dihiris nipis dan masak sehingga bawang kekuningan dengan api perlahan. Masukkan sedikit air untuk memberhentikan bawang dari terus kegaringan dan tutup api. 

hiris bawang putih nipis nipis

goreng dalam olive oil dg api perlahan hingga kekuningan

masukkan sedikit air
Letakkan pasta yang telah masak dalam mangkuk. Tabur red pepper dan garam. Kacau rata.

gaul rata dengan red pepper flake, garam dan cheese 


Akhir sekali tuang minyak bawang putih tadi. Kacau lagi rata rata. 
tuangkan minyak dan bawang putih

gaul rata rata


Tabur parmesan cheese dan daun parsley yang dihiris halus dan gaul rata lagi. Sebelum dihidang, tabur lagi parmesan cheese dan daun parsley. Siaaap....
Spaghetti Aglio e Olio
tabur cheese dan daun parsley sebelum dihidangkan

enjoy

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Speechless Spaghetti Aglio e Olio"

  1. Ohhh memang senang aje nak buat agli oglio... Memang favourite saya tapi xpernah masak lagi :D

    BalasPadam
  2. Sy dh try bt aglio olia cme bezanya.. sy combine versi ini dgn versi akk satu lagi.. sedappp 😘. Tq sis

    BalasPadam