Rendang Pedas Ayam
Sementara ada pulut kuning, saya fikir ada baiknya jika dapat dimasak ayam rendang pedas. Selain boleh dibuat lauk untuk makan malam nanti, dapat juga dicicah dengan pulut kuning yang saya sediakan tadi. Jadi sambil menunggu pulut masak, saya menyediakan bahan bahan untuk dimasak rendang.
Jom layan resepi rendang saya yang pernah pun dibuat sebelum ini. Jom layan ..
Rendang Pedas Ayam
Ayam
6 biji bawang merah hiris
3 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
1/2 inci lengkuas - tumbuk
4 batang serai - hiris
1 senduk cili kisar (ikut suka pedas, masuk lebih)
Sedikit kerisik
Garam
Gula
Asam jawa atau asam keping
Santan pekat secukupnya
Daun kunyit - hiris nipis
Masukkan santan, bahan hiris dan bahan tumbuk. Masak sekejap sebelum dimasukkan ayam, bimbang ayam akan hancur jika dimasukkan terlalu awal.
Bila hampir kering, masukkan asam, garam, gula dan kerisik. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Bolehlah ditutup api selepas sesuai rasa dan kepekatannya.
Nota:
kalau mahu kuah yang agak kering, boleh digoreng kelapa hingga garing dan ditumbuk sedikit. Masukkan bila kuah hampir kering. Cara ini biasanya dibuat untuk dimakan dengan pulut kuning atau lemang.
ermmm mcm best jer
BalasPadamkalau nak versi baru yg saya cuba, boleh cuba rendang pedas ayam syed. sedap
Padamthanks kak azie..im a big fannnn of ur blog!!
BalasPadam