Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puding Trifle



Puding Trifle


Puding trifle ialah hidangan pencuci mulut yang disusun secara berlapis lapis di dalam trifle bowl bagi menunjukkan lapisan lapisan dessert di dalamnya. Kebiasaannya lapisan paling bawah adalah kek, kemudian kastard, jelly, buah buahan, whipped cream atau apa apa yang disukai.

Saya belajar cara cara membuat trifle dengan melihat video dan resepi dari internet. Sangat teruja untuk membuatnya. Saya menyediakan trifle ini sebagai hidangan pencuci mulut dalam jamuan sempena photoshoot dengan majalah. Saya mencari merata rata tempat trifle bowl hingga akhirnya berjaya menjumpainya. Selain dalam trifle bowl, saya juga menyediakan trifle dalam small footed bowl yang boleh terus dinikmati.

Jom lah kita layan resepi yang saya gunakan. Banyak cara cara membuat trifle yang boleh dipelbagaikan dan ikut kreativiti masing masing ...



Puding Trifle

Puding Trifle
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek kek pound
2 kotak jelly (merah dan hijau)
1 tin buah buahan dalam tin
1 tin susu cair
1  tin air
7 sudu besar gula
4 sudu besar kastard + 1/2 tin air
300 ml Whipped cream
Buah strawberry
Trifle bowl

Cara cara:
1st layer; susun kek pound yang dah dipotong nipis kecil kecil dalam bekas. Tuangkan air buah buah tadi ke atas kek. Boleh juga disapu jem di dasar dan keliling bekas sebelum dimasukkan kek.
  


2nd layer;  masak 1 kotak jelly warna merah dengan 2 mug air hingga hancur. Tuangkan jelly atas kek tadi.  Masukkan buah buahan atas jelly. Tuang lagi jelly atas buah buahan koktail.  Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan sekejap. Lebihan jelly dimasukkan dalam  bekas kecil dan boleh diwarnakan hijau, jika suka.











3rd layer; Masak 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula sampai mendidih. Sambil tu, bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin air. Bila susu mendidih, slowkan api dan masukkan bancuhan tepung kastad, kacau sampai pekat. Tuang kastard atas lapisan jelly yang dah keras. Atas lapisan kastard, saya lapiskan selapis lagi kek sponge dan jelly sebab mahu bowl nampak penuh.  

















4th layer; Letak whipping cream atas kastard sehingga rata semua permukaan.  Saya hanya letak di sekeliling dan tengah sahaja 








Akhir sekali jelly dalam bekas kecil dipukul dg small whip dan sudukan jelly secara berselang seli warna di sekeliling bekas dan di tengah tengah juga. Kemudian susun buah strawberry di tengah tengahnya. Saya hanya meletak whipped cream di sekeliling dan terus diletakkan strawberry. Atas citarasa masing masing lah ya ..





Puding Trifle



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

35 ulasan for "Puding Trifle"

  1. Salam Azie, sedapnya nampak trifle tu..planning nak buat sunday ni..Insyaallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap tapi hari tu, tak guna whipped cream sb kehabisan. Kalu ada, letakkan menutupi semua permukaan kastard sebelum dihias dengan baki jelly dan fresh fruit

      Padam
  2. aunty saya cuba yer..nak try masa first day puasa yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ainaa, cubalah sedap sangat. Bhgn atas guna whipped cream ya. Hari tu, tak punya whipped cream

      Padam
  3. salam kak ^^
    hari ni godek2 resepi dr blog akak n blog2 lain
    alhmdulillah,dh msuk perut pun puding triffle .. hihi

    http://flizzy86.blogspot.com/2012/07/puding-triffle-la-pulok.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yong, glad you have tried it. I ambik dari resepi omputih. Sedapkan.

      Padam
  4. waah bestnyer kak... huhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jen, cubalah. Sedap sangat ni. Makan di bulan puasa lagi lah. Balik berterawih, makan sejuk sejuk tu

      Padam
  5. Balasan
    1. Myyrah, cubalah. sedap sangat ni. makan semasa masih sejuk, lagi sedap

      Padam
  6. sedapnya...dah lama mengidam..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah jer membuat puding trifle ni. cubalah buat ikut step step yang saya berikan di atas

      Padam
  7. saya nk cuba jgak lar,, harap2 jadi,, nanti bleh bt utk wedding kakak sya skali,, hehehe

    BalasPadam
  8. Kak azie, ad org cilok gmbr puding akak ni buh kt page fb dia... Dh la tk reti nk letak kredit kt blog akak... Akak bukak page Resepi Bonda...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Zura atas keperihatinan.

      Padam
  9. Salam kak, saya selalu buat tp guna resepi sendiri & mkn sendiri. Main scoop je dr bekas. Kalau dr bowl mcm ni, mcm mana org ambik? Scoop ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Scoop lah ke dalam mangkuk kecil

      Padam
    2. Thank you. Saya tak pernah makan ni from big bowl selain makan kat rumah :-) kat rumah main scoop je.

      Padam
    3. Sama saja. Cuma scoop. Kalau tak, buat jer dalam mangkuk kecik kecik utk setiap orang. Kena ada banyak mangkuk lah klu utk majlis besar. Saya lebih suka guna triffle bowl.

      Padam
  10. Boleh tahu kat mana beli trifle bowl? Suka.

    BalasPadam
  11. AKAK...kalau bancuh tepung kastud tu mmg cair ke????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok gambar di atas, macam tu lah rupanya

      Padam
  12. Bestnya. 1st time jmp resepi triflle yg meriah camni. Thanks

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum. ..kak sya mnta izin mncuba rsepi akk yer...bjinak2 dgn dunia masakan...
    Yg meminta keizinan#yana...

    BalasPadam
  14. Jelly tu nak guna jenis jenama Apa erkk Akak

    BalasPadam
  15. cantik! saya buat jual tp simpel je kalau azie punya tu mahal kena jual

    BalasPadam
  16. sya suka blog2 masakan akak..thnks for sharing..:)
    -almiera-

    BalasPadam
  17. Assalammualaikum . Akak kalu kek pound tu di ganti kan dgn kek sponge , blh ke ?

    BalasPadam
  18. Ni anggaran utk berapa org makan?

    BalasPadam
  19. saya suka mencuba resepi akak. setakat ni mmg menepati selera. tq sbb share resepi

    BalasPadam
  20. Kena pukul dulu je wiped cream tu.cmna nak buat whiped cream dr kotak yg di beli tu.

    BalasPadam
  21. Cmna nak guna whiped cream dr kotak yg di beli tu?kena pukul mcmna?

    BalasPadam