Ikan Patin Masak Tempoyak
Hari ini hubby ada meeting, jadi sebelum menghantar saya balik, dia terus singgah di kedai runcit membeli ikan patin. Sebelum pergi semula ke pejabat, Hubby minta saya memasak tempoyak ikan patin untuk makan malam Aween dan Juita nanti. Jadi saya sebaik sampai jer di rumah, terus merendam ikan patin dengan asam keping dan limau nipis.
Sambil sambil tu sempat lah saya melayan drama Indonesia, Nada Cinta. Terpegun dengan pelakon pelakon Pan Asian Indon yang cantik cantik... tak terasa macam sedang menonton drama Indonesia.
Ikan patin yang dibeli tadi kecil sahaja. Jadi anak anak ambil 2 ketul seorang, tinggal kepala jer untuk my Laling yang juga penggemar masak tempoyak. Memang sedap masak tempoyak yang dimasak malam ni. Cukup tempoyaknya.
Jom lah kita layan resepinya ya...

Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan
1 ekor ikan patin (diperap dengan asam jawa dan limau nipis selama 1 jam)
1 inci kunyit hidup
6 biji bawang kecil
20 biji cili padi (bergantung pada pedas yg disukai)
2 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan
Sedikit asam keping
Garam secukup rasa
Gula (jika perlu dan jika suka)
Air secukupnya
Cara cara
Kunyit hidup, bawang kecil dan cili padi ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi. Masukkan ke dalam periuk bersama air. Lepas tu kacau sehingga rata dan masukkan asam keping. Letak di atas api dan biarkan selama kira-kira 3 minit. Masukkan ikan yang dibersihkan tadi, masukkan bunga kantan dan daun kesum.
Masukkan garam secukup rasa, sesuaikan rasa, kalau terlebih pedas, masukkan sedikit gula
masukkan semua bahan dan kacau rata |
masukkan ikan dan daun kesum |
renih dengan api perlahan |
siap ... |
sy dah cuba resepi ni... mmg sedap... :)
BalasPadam