Ahad, 15 Januari 2012

Hmm Sedap Nyer Ais Krim ...





Hmmm sedap nyer.  Patutlah harga nya mahal dan berbaloi dengan keenakannya.  Itu belum lagi lecka lecka atau Haagen Dazs.  Saya beli di Jaya Grocer hari jumaat lepas.  Saya bukan reti makan ais krim mahal mahal ni.  Saya cuma pandai makan ais krim potong jer.  Ais krim nangka ke, durian ke, asalkan yang dipotong dah cukup dengan selera saya yang tak suka berlemak dan bercoklat bagai tu ...

Masa kecik kecik dulu, suka sangat makan ais krim bubur kacang hijau dan ais krim buah masam masin.  Kira dah habis hebat dah tu kalau dapat beli ais krim.  Tapi anak anak sekarang, beli ais krim yang satu pek hampir RM10 dan ada yang hampir RM30 pek sederhana jer saiznya.  

Alahai nilai duit sekarang, dulu gaji sikit, barang tak mahal.  Sekarang walaupun gaji dah berganda ganda dari dulu tapi harga barang dah berganda ganda juga.  Jadi nilai duit sebenarnya dah jatuh, kuasa beli dah berkurangan.  Azam tahun ini, nak menyimpan dan berjimat cermat.  Hmmm boleh ker?  Kalau sekadar azam ... jangan lah begini.  Buat sebaik mungkin kerana berjimat cermat tu amalan baik ya, Azie.  Peringatan untuk diri saya sendiri.  
 


1 ulasan

  1. Teringat masa mengandung anak sulung.. Tak mampupun nak mkn aiskrim.. Alhamdulillah.. bila dah mampu kena jaga kesihatan pulak.. Nak masuk 6 series ni kena hati2 ngan makanan

    BalasPadam

Add your comment