Daging Masak Kerutuk Lagi
Oleh kerana pagi tadi, saya dah masak ikan bilis goreng dengan terung pipit dengan tempoyak, tentu sekali ianya perlu dimakan dengan nasi putih. Saya pun dah siap memasak Lala Goreng Cili yang memang kegemaran Aween. Jadi kalau nak makan dengan nasi putih, mana kuahnya? Alahai kenalah masak satu lagi lauk yang berkuah. Tadi berbelah bahagi juga, nak masak Stew Daging atau Daging Masak Kerutuk. Suruh hubby beli kentang untuk memasak stew tapi akhirnya saya masak jer Daging Masak Kerutuk. Dah banyak kali, memasak kerutuk ni. Resepinya ada di SINI. Senang sangat membuatnya. Dan yang paling penting, sangat sedap masakan istimewa orang Kelantan. Saya sungguh berselera makan tengahari tadi, apalagi dimakan bersama ikan bilis goreng dengan terung pipit dan tempoyak yang sedap sekali. Nak tengok resepi Masak Ikan bilis dan Terung Pipit dengan Tempoyak, boleh Klik di SINI.
Jom ikut saya melayan gambar gambar semasa saya memasak kerutuk pagi tadi.
Daging Masak Kerutuk
Mula mula hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Daging dipotong kecil. Bila bahan siap, memasak menjadi sangat mudah.
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang dan halia hiris tadi sehingga garing. Kemudian masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air. Goreng rempah sehingga naik minyak dan garing.
Masukkan daging dan digoreng dengan rempah kerutuk supaya mesra. Balik balikan supaya daging agak lembut dan masak.
Sesuaikan rasa dan kepekatan, boleh lah diangkat. Masakan kerutuk ni mesti pekat dan rasa agak manis sedikit.
Catat Ulasan for "Daging Masak Kerutuk Lagi"
Add your comment