Best nyer Fruit Cocktail Pudding
Teringat zaman kat kampung dulu, bila malam raya, kami mesti membuat fruit cocktail puding. Macam satu kemestian berhari raya di Kelantan mesti ada kuih agar agar. Tak kiralah agar agar sirap merah kosong, agar agar kering atau puding buah buahan. Hari raya sebelum saya mendaftar di Universiti Malaya, kami membuat banyak agar agar kering yang kemudiannya kakak bekalkan untuk saya bawa ke kampus. Tapi bukan saya yang makan pun tapi kawan kawan satu tingkat. Antara yang saya ingat sangat ialah Norma Salwa, my course mate.
Berbalik pada resepi ini, ianya diambil dari resepi bdaria. Tidak menggunakan resepi saya yang disimpan sejak dulu. Saya suka resepi yang menggunakan bahan yang ringkas tetapi tetap menghasilkan rasa yang sama.
Puding ini dimasak oleh Juita dengan dibantu oleh Aween. Mudah dan sangat cepat disediakan. Bolehlah makan petang petang nanti. Best nyer kalau selalu cuti panjang macam cuti CNY tahun ni. Jom kita tengok gambar gambarnya...
Puding ini dimasak oleh Juita dengan dibantu oleh Aween. Mudah dan sangat cepat disediakan. Bolehlah makan petang petang nanti. Best nyer kalau selalu cuti panjang macam cuti CNY tahun ni. Jom kita tengok gambar gambarnya...
Fruit Cocktail Pudding
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
1 tin susu sejat penuh krim
1/2 cawan gula
3 cawan air
1 tin fruit cocktail
Cara-cara
Cara-cara
Campurkan serbuk agar-agar bersama gula. Tambah air ke dalam campuran serbuk agar-agar tadi dan kacau sehingga rata. Masak sehingga mendidih.
Masukkan susu sejat dan kacau rata. Lepas tu, bolehlah ditutup api.
Tapis buah-buahan cocktail, buang airnya. Masukkan buah-buahan cocktail ke dalam agar-agar dan dan kacau rata.
Tuangkan ke dalam acuan yang anda gemari dan ketepikan sebentar. Masukkan kedalam peti ais dan biarkan ia keras.
Hi there, every time i used to check weblog posts here early
BalasPadamin the morning, for the reason that i like to learn more and more.
Also see my site :: trucks
Thank you for following my blog.
PadamVery nice post. I just stumbled upon your blog
BalasPadamand wished to say that I've really enjoyed browsing your blog posts. In any case I will be subscribing to your feed and I hope you write again soon!
My web blog :: trucks
Thank you. Will visit your blog soonest. Tried to open the link, but wasnt successful
PadamThank you for resepi..saya dah cuba buat..rasa sedap..skrg nak tunggu sejuk je :) terima kasih ..
BalasPadamKalau guna agar2 tali blh x? Banyak mana air?
BalasPadamSy buat gune agar2 tali..4 gelas air tuk 1 pck agar2..:-)
BalasPadamk.ngah sedap nye....kngah ni..anak kak sah...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamGuna air byk n cmpur susu lg..xlmbik ke?
BalasPadamBoleh tengok gambar. Itulah hasilnya. Jgn letak air banyk tp ikutlah sukatan yg diberi
PadamSedap.. Saya share ye
BalasPadam