Baru Belajar Mengukus Pulut Durian
Saya sampai sekarang masih belajar cara cara memasak pulut. Banyak rupanya cara cara memasak pulut ni. Ada yang dikukus secara kering dengan meletakkan pulut tanpa air. Setelah separuh masak, diangkat dan tuang samada santan bercampur garam atau hanya air bercampur garam. Selepas digaul rata, dikukus sekali lagi sehingga masak. Boleh rujuk di SINI untuk melihat cara caranya. Ini lah cara yang my mom masak pulut samada pulut kuning, pulut untuk dibuat tapai dan juga ketupat palas.
Ada satu lagi pulak, cara yang agak baru bagi saya yang akan saya tunjukkan di bawah ini. Jom kita layan cara cara memasak pulut kukus ...
Beras pulut dicuci, ditos dan masukkan ke dalam loyang. Kemudian tuangkan samada santan bercampur garam atau hanya air bercampur garam ke dalam loyang tersebut. Paras santan atau air mestilah tinggi sedikit sahaja dari paras beras pulut. Loyang kemudiannya diletak di dalam pengukus dan dikukus sehingga masak.
Selepas masak, angkat dan dikacau rata, kukus sekejap lagi bagi memastikan ianya masak rata. Saya menggunakan kuali untuk mengukus sebab malas nak mengeluarkan periuk pengukus
My mom memasak pulut secara tanak di atas dapur sahaja jika ingin membuat pulut pagi atau pulut durian. Jadi memang saya tak pernah tengok pulut dimasak secara yang saya masak pada hari ini. Untuk memasak pulut ini, saya masih meminta kawan saya Rusila untuk mengajarkan cara caranya. Itulah bukan semua orang pandai memasak sejak muda, macam saya lah. Dah umur begini, baru berjinak jinak dengan dapur.
Ingat "sharing is caring" ...
thanx for sharing.same here mama dah "xde" baru terhegeh2 nk berjinak dgn dapo.utk suami la katakan:)
BalasPadamHahaha zaman dulu tak ada program masterchef. sejak ada masterchef, ramai orang dah jadi chef di rumah sendiri untuk suami dan anak anak
PadamTq sharing ye.. Sy pun br nak belajar masak pulut dgn mudah..😊
BalasPadam