Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kerutuk Daging




Kerutuk Daging



Hari ini saya memasak secara santai kerana mahu menunggu my laling balik makan tengahari selepas balik mengambil anak anak untuk ke masjid bagi solat jumaat.  

Sementara menunggu daging empuk, saya mula menyediakan bahan untuk dibuat kerutuk bagi dijadikan kuah kerana anak anak suka makan nasi yang berkuah, berbeza dengan saya yang suka makan kering atau sedikit sahaja kuah diletak atas nasi sudah mencukupi.

Saya pernah memasak beberapa kali resepi kerutuk tapi kali ini memang menjadi selepas belajar dengan tukang masak semasa kenduri di rumah kakak baru baru ini.  Tapi macam biasa lah kerutuk sedap jika menggunakan kerutuk yang dijual di Kelantan secara campur campur rempahnya semasa kita membeli. Masa masa tu juga rempah dicampurkan bagi menghasilkan rempah kerutuk. Segala rempah ratus sudah cukup, jadi kerja kita sangat mudah, tak perlu menambah apa apa bawang atau rempah menumis pun dah OK sebenarnya.

Jom layan resepi nya yang mudah ...



Kerutuk Daging

Kerutuk Daging
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1/2 kg daging
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/4 keret gula melaka kecil
1 1/2 sudu besar rempah kerutuk kelantan 
1/2 asam keping
Santan
Garam
Gula

Panaskan minyak dan tumis bawang bawang dan halia yang dihiris sehingga kekuningan.  Masukkan rempah kerutuk yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Masak lama lama hingga rempah betul betul garing.  

Masukkan daging yang telah direbus dengan pressure cooker dengan air rebusan sekali. Masak hingga daging empuk, dimasukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan gula melaka, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali, masukkan sedikit kerisk kelapa.

Masak dengan api perlahan dan sesuaikan rasa sebelum diangkat dan dihidang panas panas.
 
Nota:  kerutuk mesti rasa manis sedikit, baru sedap


tumis bawang merah, putih dan halia


masukkan rempah kerutuk

masukkan daging

biarkan daging betul betul empuk

masukkan santan

masukkan gula melaka, gula, garam, asam keping dan kerisik

Kerutuk Daging
enjoy

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Kerutuk Daging"