Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Roti Jala

Roti Jala Azie Kitchen



Saya membuat roti jala untuk dimakan bersama ayam masak kuzi untuk kawan kawan yang akan datang makan makan sambil bersantai. Saya dibantu oleh Juita dan Aween yang  setia menjala dan saya cuma menyediakan adunannya sahaja. Hahaha saya cuma bertugas menekan button blender jer. 

Roti jala ini sangat lembut dan sedap di makan begitu sahaja terutama semasa masih panas panas. sehingga ke malam pun masih lembut ...

Jom kita lihat gambar dan resepinya seperti di bawah ...




Roti Jala Azie Kitchen

Roti Jala
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)

Cara-cara
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.


blend jer semua bahan


panaskan kuali


tuang dlm acuan utk menjala


testing, kalau putus putus, kena tambah ler air lagi


haaa ini dah OK


Roti Jala Azie Kitchen
siap. sedap dan lembut  


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Roti Jala"

  1. assalamualaikum kak azie..
    banyak nye resipi dr blog akk..alhamdulillah semua yg akk publish sy da cube jd sume..
    nak buat roti jala ni kan boleh ke pakai susu cair??hehe..

    BalasPadam
  2. wife saya pun ada buat roti jala ptg td. rupanya ke laut rasanya blh tahan sedap.

    BalasPadam
  3. Tq....azie kitchen...byk membantu saya rajin memasak.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..terima ksh kerana kongsi resepi..sy mhn share resepi dan gambar untuk rujukan..semoga allah melimpah ruahkn rezeki kak azie..aamiin..

    BalasPadam
  5. Umur 41 baru nak Cuba buat ..puasa hari ke 2 tahun 1441..moga menjadi di cicah Kari kambing

    BalasPadam