Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kek Pisang Lembap


Kek Pisang Lembap



Baru ni saya ada beli 2 sikat pisang rastali masa membuat kuih jemput jemput pisang. Hubby dok menunjuk kat pisang yang kulitnya mula bertukar kehitaman sebagai isyarat yang saya perlu berbuat sesuatu untuk mengelakkan pisang dari terus rosak dan terbuang begitu saja.

Bila confirm saja, kawan baik saya Sue nak datang ke rumah, saya terus mencari resepi sesuai untuk menghabiskan baki pisang yang ada.  Terjumpa resepi kek pisang mudah yang mana bahan bahan nya sangat simple dan penyediaannya juga sangat mudah. Tak sampai pun 15 minit dah siap untuk dibakar.  




Kek Pisang Lembap

Sangat cepat, kek dapat disiapkan sebelum Sue dan anak anak sampai. Kek yang dihasilkan pun, sangat gebu dan lembab.  Seronok dan puashati tengok tetamu kecil kami makan kek yang dihidangkan dengan teh yang memang kegemaran mereka rupanya.  

Jom kita tengok gambar dan resepinya...




Kek Pisang Lembap

Kek Pisang Lembab
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
4 biji pisang emas/awak (saiz sederhana)- lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang

Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah celcius
2. Sediakan loyang yang sesuai dan lenser dengan margerin dan alas kertas minyak
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' atau mixer hingga putih. (3-5 minit)
4. Masukkan campuran tepung dan kacau rata.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.


Kisar gula, minyak dan telur hingga putih


1 sudu besar air limau nipis


Gandum diayak dg baking powder dan soda bikarbonat


Pisang lecek dan esen pisang


Masukkan tepung, pisang dan esen


Kek Pisang Lembap
siap dibakar selama 45 minit




Kek Pisang Lembap
Potong untuk dihidangkan




Enjoy ..




Tetamu yang diraikan
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

14 ulasan for "Kek Pisang Lembap"

  1. salam,
    nak tnya, knp perlu letak air limau nipis tu? apa fungsi nya? tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak pasti, rasanya utk lebih moist kot. Sama juga dg red velvet kita masukkan cuka. Tapi kalau tak letak pun tak apa.

      Padam
    2. Kalau letak air limau nipis, pisang tidak akan jadi hitam selepas dilecek :) Kalau tidak, pisang yang dilecek akan bertukar warna jadi warna coklat.

      Padam
  2. Salam,,nk tya perlu pisang emas jer ke atau pisang lain boleh?? Sy otw nk buat ni sbb pisang sedang nk hitam.hihi..tq sbb jumpa resepi mudah ni. Klu free bole jenguk page sy n follow blog juga.tq.

    zairulakmaldaylife.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga guna pisang lain. Tapi saya suka pisang emas.

      Padam
  3. kenapa sy buat tk jadi mcm tu ehh.. isi dia padatt je macam bingka

    BalasPadam
  4. Salam..knp ek sy try wat xjd pn. X nek gebu cam lam gmbr..kek sy tu mendap..hurm...:( harap tlg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Dah beberapa kali saya menggunakan resepi. Tak ada masalah. Kemungkinan ianya tidak cukup masak. Antara oven dg oven berbeza.

      Padam
  5. Salam....klu oven yg ada api atas bwh ny...klu bakar kek tu guna dua2 sekali k

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Ya. Kecuali resepi secara spesifik mengatakan api atas sahaja atau api bawah sahaja.

      Padam
  6. Salam k.azie .. kalau guna api bwh je blh ta?? Sbb oven biasa je...

    BalasPadam
  7. Slm k azie..4 biji pisang..brp gram

    BalasPadam
  8. Salam kalau nk letak dlm kertas cawan kne kurangkan apa2 tk sukatan die

    BalasPadam
  9. salam ., esok baru nak try resepi k.azie

    BalasPadam