Kek Marble Trio
Lembut, gebu dan lembab. Itu lah yang menarik hati saya untuk mencuba membuat kek marble trio resepi dari blog Che Mat Gebu di SINI. Tambahan pula komen komen dan gambar yang dipos semuanya mengujakan saya untuk mencuba. Saya memang suka makan kek yang plain dengan sedikit perisa jer. Terpaksa lah minta hubby mencarikan converter sebab saya beli mixer Kitchen Aid dari USA yang voltannya tak sama dengan tempat kita. Hari ini kiranya first time lah menggunakan mixer Kitchen Aid ini... memang sangat memudahkan kerja.
Saya berazam untuk cuba membuat kek yang lembab, gebu dan menepati selera saya. Selagi tak jumpa, saya akan terus mencari dan mencuba resepi resepi hingga berjaya. Kebetulan hari raya Aidil Adha kali ini, kami akan menyambutnya di Nur Qaseh sahaja, jadi saya memikirkan kuih muih yang akan dimasak. Tahun ini kami membuat ibadah korban bersama rakan rakan alumni ETHICA di Penjara Kajang sebagai sokongan kepada Dato Hassan Sakimon, big boss Jabatan Penjara Malaysia.
Memang kek ini sangat lembut, gebu dan lembab. Sebaik dipotong, secara tak sedar, dah hampir suku dari kek dah hilang. Hahaha hilang ke mana tu? Haa begitu lah sedapnya. Nak tahu bagaimana sedapnya, apakata cuba membuatnya sendiri dengan menggunakan resepi yang diberikan. Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya.....
KEK MARBLE TRIO
Bahan bahan:
300 gm mentega, pada suhu bilik (or unsalted butter)
300 gm mentega, pada suhu bilik (or unsalted butter)
280 gm tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung* (*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 gm gula kastor (boleh kurangkan)
1 camca besar Ovallate
30 gm Gliserin
20 ml air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh coklat emulco
Cara cara
1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + vanilla essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
Nota:
Kalau tak ada gliserin, boleh gantikan dengan 50 ml susu cair atau whipping cream.
Putar majerin hingga gebu |
Masuk tepung yg diayak bersama susu & baking powder |
Putar rata dan ketepikan |
Telur diputar dg ovallete dan gula hingga gebu |
Gebu macam adunan bahulu |
masukkan adunan tepung dan kacau rata |
bahagi dan warnakan |
Masuk dalam acuan secara berselang seli |
lorekkan mengguna chopstick |
siap utk dibakar dlm oven yg telah dipanaskan |
bila sejuk baru dipotong |
Lembut, gebu dan lembab |
enjoy ... |
Wah..very nicely done..mesti sedap..dah lama x buat marble cake :)
BalasPadamTerima kasih. I ni kalau memasak, mesti dalam keadaan terkejar kejar sebab memasak petang hari sebaik balik dari pejabat. Kek ni memang sedap tapi remeh sikit berbanding kek lain. Kalau ada resepi kek marble yang lebih simple, boleh lah share, ya
BalasPadamsalam,
BalasPadamso far ok x pakai kitchen aid from US?
Wslm,
PadamSgt ok and i love it
before this pernah pkai kenwood x?tgh pening fikir nak beli kenwood or kitchen aid
BalasPadamTgh bakar. Harap2 menjadi la....
BalasPadamTengah bakar juga ni jam 11.40 mlm ni hehehe..harapanku menjadilah hendaknya ia..huhuhu dahla tertinggal susu tepung..huhuhi
BalasPadamBoleh tau,tepung halus tu apa.boleh tak guna tepung kek atau tepung hong kong.terima kasih.
BalasPadam