Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kek Marble Trio lagi


Kek Marble Trio


Kek Marble Trio


Hari ini saya menyediakan sebiji lagi Kek Marble Trio kerana kek yang dimasak semalam sudah hampir habis dimakan, bukan oleh orang lain tapi oleh saya sendiri. 

Klik di SINI untuk entri Kek Marble Trio sebelum ini. Hahaha hancuish diet kalau hari hari macam ni. Memang sedap dan sesuai dengan selera saya. Jadi saya bake lagi untuk hidangan di hari raya esok. Resepi kek Che Mat Gebu ini memang sangat berbaloi baloi mencubanya.




Kek Marble Trio



Kali ini saya menggunakan perisa pandan dan strawberry selain dari perisa vanilla. Saya letak sekali lagi resepi di bawah untuk memudahkan sesiapa yang ingin mencuba resepi ini. A must try recipe. Memang berbaloi mencubanya, pasti anda suka. Selepas sehari, saya rasa kek ini bertambah sedap. Ada orang suka makan kek panas panas, saya pula suka makan kek yang dah sejuk, baru dapat dinikmati keenakan rasa kek. Kek ini sangat lembut, gebu dan lembab. Memang menepati citarasa saya ... teramat lah gebunya. Kalau semalam, saya dah terlebih membakarnya, kali ini just nice dan lebih lembab, lebih yummy.  

Jom layan resepi di bawah ini...




Kek Marble Trio
KEK MARBLE TRIO
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan-bahan (Acuan 8 x 8 x 3 inci):
300 gm mentega, pada suhu bilik (or unsalted butter)
280 gm tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung* (*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 gm gula kastor (boleh kurangkan)
1 camca besar Ovallate
30 gm Gliserin
20 ml air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh pandan emulco

Cara cara:
1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.

2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.

3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu 

4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + pandan emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + vanilla essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10 minit  pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Nota:
Kalau tak ada gliserin, boleh gantikan dengan 50 ml susu cair atau whipping cream.


Kek Marble Trio

Kek Marble Trio




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Kek Marble Trio lagi"