Vanilla Cup Cake
Semasa mencari cari resepi cup cake, saya terjumpa satu tag line yang ditulis, sangat mudah dan gerenti sedap menyebabkan saya teringin sekali untuk mencuba. Hari hari mengajak hubby ke Giant untuk membeli bahan bahan yang diperlukan.
Kebetulan jiran saya, Datin Ros mengajak ke rumahnya malam nanti untuk sessi sembang sembang kejiranan yang banyak kali dibuat bagi mengeratkan hubungan dan silaturrahim.
Memandangkan Datin Ros adalah kawan baik saya, berhajat untuk membawa buah tangan yang dimasak sendiri. Jadi bangun pagi pagi saya telah mula membuat cup cake walaupun berjanji dengan Juita untuk membuatnya bersama sama.
Memandangkan Datin Ros adalah kawan baik saya, berhajat untuk membawa buah tangan yang dimasak sendiri. Jadi bangun pagi pagi saya telah mula membuat cup cake walaupun berjanji dengan Juita untuk membuatnya bersama sama.
Ini lah kali pertama saya membuat cup cake dan Alhamdulillah menjadi. Lepas ini saya akan mencuba resepi cupcake Nigella Lawson pula. Saya tak membuat isingnya untuk kali ini. Jom layan resepi dan gambar gambarnya ...
Vanilla Cup Cake
sumber: Myresepi
Oleh: Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan
150 gram mentega
185 gram tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
½ sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu kecil vanilla
Untuk ising:
100 gram mentega
200 gram gula ising
2 sudu kecil air panas
1 sudu kecil esen vanilla
Chocolate rice utk tabur
Cara-cara:
Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.
Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati.
Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga ¾ penuh.
Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C.
Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim.
Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh tabut manik atau choc rice.
Catat Ulasan for "Vanilla Cup Cake"
Add your comment