Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Udang Goreng Garam Kunyit


Udang Goreng Garam Kunyit


Haa ini satu lagi lauk yang menjadi kegemaran saya dan selalu dimasak sejak di bangku sekolah. My late father menangkap udang di sungai dengan memasang bubu atau dipanggil  "gogoh" yang dimasukkan isi kelapa yang dibakar. Gogoh itu akan diikat di batang pokok nipah dan dibiarkan semalaman.  

Keesokannya, gogoh akan diangkat dan banyak lah udang sungai yang diperolehi termasuk udang galah yang besar besar.  Udang udang tersebut hanya dimasak gulai seperti resepi yang saya masak ikan tongkol tadi atau hanya digoreng garam kunyit sahaja. 


Memikirkan apa lauk yang sesuai untuk dimakan bersama gulai ikan tongkol tadi, saya membuat udang goreng garam kunyit.  Caranya mudah dan rasanya sedap.






Udang Goreng Garam Kunyit

Udang Goreng Garam Kunyit
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Udang dilumur garam dan kunyit
Bawang besar di hiris
Cili hidup dihiris (kalau cili hijau Kelantan, lagi sedap)

Cara cara:
Udang digoreng hingga masak, masukkan bawang besar dan cili hidup.  Masak hingga bawang dan cili agak layu. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas panas.




Udang Goreng Garam Kunyit



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Udang Goreng Garam Kunyit"