Ikan Rebus Goreng
Ini adalah satu lagi lauk sempoi kesukaan saya dari kecil hingga sekarang. Ikan rebus yang digoreng. Maklumlah saya budak kampung. Jadi makanan kampung yang ala kadar jer menjadi juadah saya semasa kecil.
Ikan mesti direbus dengan asam keping dan garam dan dibiarkan sekurang kurangnya semalaman. Lepas itu digoreng dan selepas agak masak, masukkan bawang besar dan cili hidup yang dihiris.
Angkat dan makan dengan nasi putih panas panas atau makan dengan pulut dan kelapa parut. Saya suka juga makan dengan nasi kerabu.
Pendek kata makanan kesukaan kita semasa kecil akan kekal menjadi kesukaan. Apa apa ikan pun sedap dibuat ikan rebus goreng. Kalau makan dengan pulut, guna ikan selar kuning atau ikan selayang, di sini dipanggil ikan sardin kot. Tapi ikan tongkol tetap kegemaran saya untuk dibuat ikan rebus goreng.
Jom kita layan gambar gambarnya ....
Ikan yg direbus dg asam dan garam |
bawang besar dan cili hidup hiris
|
saya suka bau ikan rebus bila d goreng. Sya sangt suka bila d goreng garing..makin hitam makin sedap..hihii
BalasPadamIkan kembung bleh wt ke?
BalasPadamBoleh juga ikan kembung, ikan selar kuning, ikan sardin.
Padamkak azie..
BalasPadamtuk sekor ikan tongkol berapa nk letak asma keping n gamram nyer yer..