Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pulut Kuning Ekspress



Pulut Kuning Ekspress
 

Saya teringin sekali belajar buat pulut kuning tapi rasanya malas pulak nak kukus. Maklumlah tak ada pembantu rumah! penat juga nak membasuh pengukus kemudiannya. 

Jadi bila terjumpa resepi pulut kuning ekspress, terus ingin mencuba. walaupun percubaan pertama macam berkerak sikit kerana lambat mengeluarkan dari rice cooker selepas pulut masak, namum saya sangat gembira kerana berhasil memasak pulut kuning. 

Insya Allah, lain kali, saya akan kukus pulut seperti yang sepatutnya. jom layan ....




Pulut Kuning Ekspress

PULUT KUNING EKSPRESS 
Cara masak pulut kuning cepat..tapi hasilnya sama seperti di kukus.

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )
2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
1 sdt garam
1 helai daun pandan
1 sdb minyak masak
Sedikit serbuk kunyit
pewarna kuning

Cara-cara
Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker

Setelah mendidih..gaul pulut supaya tak berkerak..kemudian biarkan hingga masak..

Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..

Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka, pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..

Selamat mencuba! 





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

19 ulasan for "Pulut Kuning Ekspress"

  1. Mudahnya...seronok saya jumpa resepi senang cam ni.. time kasih.. esok nak try buat :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih share resepi.. esok first time nk
    buat :)

    BalasPadam
  3. Nk tanya, cara masaknya... sukatan air, cam madak nasi ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sukatan air dsn santan dslam resepi

      Padam
  4. biar hingga mask tu mksdnye lpas gaul wkt mndidih tu, ttp periuk nasi n biar kering ( mcm mask nasi) ke?

    BalasPadam
  5. Saya dah try. Menjadi terima kasih. Sesuai untuk buat minum petang. Pulut dengan kelapa n gula apong

    BalasPadam
  6. Satu sudu besar minyak tu. Sudu makan ke apa ye?

    BalasPadam
  7. Tak perlu rendam ye pulut tu 1 mlm sebelum masak?

    Ninie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guna pulut susu. Rendam 15-20 minit pun dah ok

      Padam
  8. pulut susu tu yg macam mana ye😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah satu dari jenis jenis beras pulut. Ada ditulis di paket, pulut susu. Cepat masak. Tak perlu rendam lama.

      Padam
  9. kalau nak masak banyak, cth: 6 cawan beras pulut..still menjadi tak?

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum Kak azie.. saya pun selalu buat Cara cmni tapi pelik la.. ni Kali kedua saya buat , Masih tak menjadi.. rase okay , sedap.. tpi nampak cm tak kering..

    BalasPadam
  11. Terima kasih,kalau nak buat untuk 50 orang makan, barapa pula sukatan beras,santan paket nya ya?

    BalasPadam
  12. pulut kuning kana yang terbaik lah -sains

    BalasPadam
  13. Salam saya rasa sama tak pulut kuning ni dengan nasi kunyit dari Terengganu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Tak pasti nasi kunyit tu macam mana. dibuat dari beras atau beras pulut. Jika beras pulut, patut sama

      Padam