Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Cili Padi Ikan Tenggiri dan Petai


Masak Lemak Cili Padi Ikan Tenggiri Petai



Masa ke Giant tadi, terpandang ikan tenggiri batang, jadi teringin pulak nak membuat masakan lemak cili padi  ikan tenggiri dengan petai kerana masih ada petai yang belum dimasak di dalam peti ais.  

Walaupun ikan tenggiri yang sedap adalah ikan tenggiri papan tapi, sebab hanya ada tenggiri batang, pun boleh lah.

Kalau masak lemak, saya memang suka blend kasar bahan bahan kisar dan kuahnya pulak dibuat lebih pekat, baru lebih kick, gitu. Kalau nak diblend halus pun boleh juga. 

Bagi anak anak yang baru nak belajar memasak, bahan yang diperlukan adalah cili padi, kunyit hidup, asam keping dan garam sahaja. Masuk la petai, tomato dan daun kunyit jika suka.



Masak Lemak Cili Padi Ikan Tenggiri Petai


Memang sedap sangat masak lemak tenggiri bila dimasukkan petai. Macam kena sangat kombinasinya.  Kalau nak tahu rasanya, boleh la cuba sekali... Resepi oleh sahabat baik saya, Yarina.

Setakat ini dulu. Kejap lagi saya nak berbuka puasa dengan nasi putih, masak lemak tenggiri dan telur dadar, pun dah cukup...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Masak Lemak Cili Padi Ikan Tenggiri dan Petai"