Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Spagethi Aglio Olio



Spagethi Aglio Olio



Teringin nak mencuba pasta selepas menonton rancangan masakan yang dikendalikan oleh Sheila Rusli bersama tetamu undangan beliau, Janet Khoo. 

Walaupun dalam resepinya, Janet menggunakan kepah sebagai bahan utama, tapi saya menggantikannya dg seafood lain kerana sukar untuk mencari kepah yang segar pada masa itu. 

Apa apa pun, saya gembira dengan percubaan pertama ini. resepinya saya perolehi dari website luar negara selepas membuat beberapa perbandingan...cuba la, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja utk disiapkan


Spaghetti Aglio e Olio
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Olive oil
seafood - sotong, udang, kepah, lala atau apa apa jer
Garlic (minced)
3 to 4 cili kering
black pepper
Italian herbs
garlic powder
daun parsley
chicken stock
soya sauce masin

Cara cara
Tumis bawang putih, masukkan cili kering. masukkan seafood. masukkan air chicken stock (atau ikan bilis). masukkan black pepper, italian herbs, garlic powder, garam, soya sauce.

Masukkan pasta yang telah direbus.sebelum dimasukkan pasta, tuang dulu sedikit minyak zaitun. kacau rata. angkat dan hias dengan daun parsley. boleh juga diletak red chilli flakes, jika ingin pedas.

Resepi ini di dalam bahasa Itali bererti "garlic and oil". jadi kena berminyak dan jangan risau kerana minyak zaitun tidak mengandungi kolesterol. kalau nampak kering, tuangkan sedikit minyak.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Spagethi Aglio Olio"