Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Moist Chocolate Cake


Moist Chocolate Cake



Resepi ini saya perolehi dari sahabat fb saya, TeeaRa. Setelah sekian lama mencari moist chocolate cake resepi di dalam internet, akhirnya menyuarakan hasrat saya pada TeeaRa. Beliau dg bermurah hati telah sudi berkongsi resepi untuk saya cuba. 

Saya akui bahawa saya bukan penggemar chocolate cake tetapi melihat gambar gambar kek di blog blog menjadikan teringin sekali untuk mencubanya. haaa kek ini dimasak oleh anak dara sunti saya yg berumur 14 tahun. 

Rasanya... mak ooii sedap tak terkata. Terima kasih TeeaRa kerana sudi berkongsi resepi...


Moist Chocolate Cake

MOIST N VERY THE MOIST CHOC CAKE  
Oleh: Azie Kitchen

BHN2 A:
1 cwn susu cair
1 cwn susu coklat (dutch lady choc)
2 cwn mentega cair
2 cwn brown sugar
-mix altogether till sebati


BHN2 B:
2cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonte soda. 
-sift altogether n mix in Bhn A n kacau hingga sebati


1biji telur dan 1 sudu teh vanilla dikacau rata2 then tuang ke dalam above mix. Bila dah sebati semua masukkan ke dlm loyang n kukus selama 1 jam...mmg moist giler  and this recipe is the moistest of all the choc moist cake recipe yg lain2...



TOPPING:
1cwn susu pekat
2sudu makan serbuk koko
2sudu makan mentega

-double boil till sebati n mix semuanya n nampak pekat sikit..pas kek dah kering tuang atas kek as a topping...


selamat mencuba!!





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Moist Chocolate Cake"

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Dah banyak kali buat ikut resipi ni. Rasa memang sedap. Cuma lepas kukus bila dh sejuk kek turun semula. Kek dh xjadi moist. Silap teknik sy agak, tp xtau kat mana

    BalasPadam