Laksa Asam Yang Terbaeek
Tiba tiba teringin nak makan laksa asam, apabila sahabat saya, Zs bercerita tentang keenakan laksa asam yang dimasak hinggakan jiran jiran bertanya dek baunya yang semerbak ke rumah jiran.
Sejak itu, saya menjadi sangat teringin untuk memasak Laksa Asam sendiri. Laksa Asam tidak sama dengan Laksa Penang kerana Laksa Asam lebih popular di kalangan orang Cina.
Seperti biasa, tanpa berlengah saya mula mencari resepi laksa asam untuk dipilih. Berminggu saya mencari resepi, petua petua di dalam blog blog masakan. Akhirnya saya memilih untuk mencuba resepi Zs kerana yakin dengan kehebatan masakan mee udang beliau yang world class... Menurut Zs, resepi ini dipelajari dari peniaga Laksa Asam berbangsa Cina.
Terima kasih Zs. Saya berbuka puasa dengan menghirup kuah laksa terlebih dahulu sebab dah tak tahan dengan godaan bau nya semasa memasak...

Laksa Asam
Bahan Kisar
1 jari telunjuk kunyit hidup
25 biji cili padi
1 ibu jari lengkuas
3 inci belacan melaka warna merah
3 labu bawang besar
Lain lain
5 serai - titik
1 senduk cili giling
50 sen daun kesum
20 kpg asam keping
2 bunga kantan - belah
Segengam asam jawa
½ - 1 biji nenas masak - blend & masuk dalam kuah
Hirisan
Timun, daun pudina, bawang besar, cili merah/padi, salad, kantan
2 kg ikan dicuci bersih dan di rebus, angkat dan disiakkan isinya. Tapis air rebusan diguna utk buat kuah. Masukkan kesemua bahan kisar dan bahan bahan lain. Masak dengan api perlahan. Masukkan gula dan garam.
Nota:
Gula mestilah banyak sehingga terasa seperti manis manis buah.
Guna laksa beras, lagi sedap.
Nota:
Gula mestilah banyak sehingga terasa seperti manis manis buah.
Guna laksa beras, lagi sedap.
Salam Kak Azie.. Akak guna ikan ape ea?
BalasPadamWslm. Ikan apa apa pun boleh. Biasanya ikan kembung lah. Mudah
Padamni untuk berape org makan? 2kg ikan tu?
BalasPadam