Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Ayam Goreng Rangup

Azie 29/08/2011 Catat Ulasan


Ayam Goreng Tepung Rangup


Seperti biasa, pada anak anak, kalau tak ada ayam seperti tak ada lauk. Jadi walaupun dah disediakan kari ikan dan sambal tumis udang, saya rasa perlu di masak satu lauk berasaskan ayam. 

Nana mencadangkan supaya dibuat ayam goreng rangup yang biasa dia masak di Egypt. 

Jom layan gambar dan resepi nya ...




Ayam Goreng Tepung Rangup

Ayam Goreng Rangup
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Cili kisar
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serbuk Ketumbar
Serbuk Kari
Serbuk kunyit
Garam
Tepung jagung

Semua bahan di atas dikisar.  Selepas itu, dimasukkan ke dalam bekas, masukkan garam, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk kari.  



Gaul bersama ayam dan perap seketika. Celup ke dalam tepung jagung dan goreng hingga masak dengan api yang kecil.  


Sedap dimakan dengan nasi panas panas atau dimakan begitu sahaja  


Ayam Goreng Tepung Rangup
siap dihidang
Ayam Goreng Tepung Rangup
sedang digoreng
Ayam Goreng Tepung Rangup
perap seketika
Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan