Rabu, 4 Disember 2019

Nasi Goreng Telur Melompat lompat

Nasi Goreng Telur Melompat lompat

Resepi hari ini ialah nasi goreng telur melompat lompat. Hahaha melompat macam mana tu? Macam lompat si katak lompat ke. Sebetulnya selera saya ni berbeza dengan orang lain yang suka masukkan pelbagai bahan dan perencah dalam nasi goreng. Tapi bagi saya, ada ikan bilis atau telur pun dah cukup.

Sebenarnya hendak menyediakan nasi goreng sedap, ada teknik yang perlu kita perhatikan. Pertama api kena besar. Kena main main dengan api. Kedua bahan seperti bawang dan cili mesti benar benar garing dan masak. Bawang kalau ditumis biar sehingga keperangan. Telur pula, mesti dikacau sampai masak supaya tidak terasa hanyir. 

Kemudian api dibesarkan selepas masak nasi. Goreng garing garing sehingga nasi tu kelihatan melompat lompat. Maka jadi lah  nasi goreng melompat lompat. Makan pula dengan keropok atau keropok lekor atau ikan bilis goreng garing. Dah cukup sedap dah pada tekak saya. Selera anak kampung kan. 

Nasi Goreng Telur Melompat lompat

Kalau ada lebihan nasi putih di rumah, boleh buat nasi goreng telur versi melompat lompat ni. Sedap dan cepat disediakan. Bahan bahan pun simple sangat. Tak perlu ada sayuran pun. Kalau suka, boleh jer tumbuk kasar sedikit ikan bilis, sekadar bagi bau dan rasa pada nasi goreng. kalau tidak, cukup dengan rasa telur semata. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...

Nasi Goreng Telur Melompat lompat

Nasi Goreng Telur Melompat Lompat

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
4 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1-2 sudu kecil cili kering kisar
2 biji telur
Garam
Sedikit gula

Cara cara:
Nasi digaul dengan garam dan sedikit gula. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga keperangan. Masukkan cili kering kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.

Tuangkan telur. Bila telur telah separuh mengeras, baru dikacau rata.

Nasi Goreng Telur Melompat lompat

Masukkan nasi dan besarkan api. Masukkan garam, jika belum cukup. Kacau rata sehingga garing dan nasi melompat lompat. Boleh terbau keenakan nasi goreng. Bolehlah tutup api. Siap.

Nasi Goreng Telur Melompat lompat


2 ulasan:

  1. anak2 saya dah pakar masak nasi goreng ni. yg penting ada nasi, bawang blender dan telur. cukuplah tu kalau x de lauk. cuma kadang2 saya tak faham dgn anggapan org lain yg ingat menu nasi goreng ni hanya utk org miskin. Dia org ingat org yg hidup senang ni sentiasa berlaukan yg mahal2 je. sedangkan nasi goreng nilah jadi penyelamat di kala tengah bulan atau terima tetamu yg datang mengejut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dengan nasi goreng memang berpisah tiada terutama nasi goreng simple simple macam ni. Ada ikan bilis dan telur pun dah sedap ya amat. Makan restoran mewah belum tentu sedap di tekak saya.

      Padam

Add your comment
EmoticonEmoticon