Sabtu, 17 Ogos 2019

Majlis Akikah Nur Hana Medina


Pada 3 Ogos 2019 besan kami mengadakan majlis akikah untuk Nur Hana Medina di kediaman mereka di Casa Iman. Majlis dimulakan pukul 10 pagi dengan marhabban. Secara jujur saya tidak pernah berada di majlis marhabban kerana di Kelantan, tiada majlis seumpama ini. Pengalaman pertama buat saya. 




Masa akikah Ammar dulu pun, kami tak buat marhabban. Hanya sekadar jemput tetamu untuk makan makan sahaja. Mungkin di masa depan, boleh buat sebagai pengisian majlis akikah. Selain kumpulan marhaban, di surau pulak kaum lelaki membaca tahlil yang diketuai seorang Sheikh iman dari Yaman. 

Selepas selesai marhabban, kami sekeluarga bergambar dengan pelamin Medina yang dihias cantik. Selepas itu, baru kami beredar ke khemah untuk makan tengahari. 



Selain ahli keluarga, jiran jiran ramai juga tetamu yang diundang. Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Selangor Dato Seri Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad. Saya yang mahu ke majlis perkahwinan anak Datin Rafidah di MAEP Serdang terpaksa tunggu ketibaan MB. 

Sementara itu, kami turut bersembang sembang dengan Ustaz Farid Ravi Abdullah sementara menanti MB. Banyak juga yang sempat dikongsikan. Antara nya tentang surah Al Ankabut berkenaan sarang labah labah. Sarang labah labah adalah selemah lemah sarang. Tapi setiap serangga yang jatuh pasti akan susah untuk melepaskan diri. Begitu juga dengan fitnah di mana fitnah adalah sesuatu yang sukar untuk keluar dari nya. Perlukan kekuatan hati untuk keluar darinya. 


Semasa makan sempat juga MB bercerita tentang kejayaan sebuah koperasi kampung yang berjaya memberi dividen yang tinggi pada ahli ahlinya. Dari apa yang diceritakan kami dapat juga makluman tentang peluang business yang boleh diceburi berdasarkan permintaan yang tinggi dalam negara. 


Saya juga sempat bersembang dengan isteri beliau iaitu Datin Seri Masdiana yang sangat humble. Yang seronok nya bila dapat tahu, beliau juga follower blog Azie Kitchen. Barulah tahu rupanya arwah Bonda beliau juga merupakan bekas staf BNM. Beliau juga selalu ke BNM menemani arwah bonda bila ada kelapangan. 


Selepas mereka beredar, kami terus ke Serdang untuk majlis perkahwinan anak Datin Rafidah. Ramai menteri dan bekas menteri yang hadir. Ya lah majlis perkahwinan anak KSU sebuah kementerian. Pasti ramai orang besar besar yang hadir. Yang paling seronok kerana cookies yang diberikan pada tetamu sebagai door gift adalah yang disediakan oleh Juita. 


Saya tidak dapat hadir ke satu lagi majlis perkahwinan anak rakan sekolah di Dewan Merak Felda kerana tidak cukup masa. Tiba di rumah dah keletihan dek lama berada di atas jalanraya yang sesak di sana sini. 



1 ulasan:

  1. Alhamdulillah, bertambah cucu Azie ya.Marhaban untuk majlis akiqah & potong jambul memang adat dan dikira wajib terutama di Johor sini. Semua tetamu akan diberi berkat sesuai dgn tema baby...meriah tau ditambah dengan bacaan berzanji.

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon