Selasa, 2 Julai 2019

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Resepi 1

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang

Kuliah Maghrib Surau Ad Dhuha Al Fadhil Ustaz Abdul Hamid bin Ridwan berkenaan orang yang menyambung silaturrahim akan dilapangkan rezeki dan ditangguhkan ajalnya. Dengan kata lain dipanjangkan umur. Ada banyak cara bagaimana umur dipanjangkan iaitu, tentang keberkatan umur bukan panjang umur. 

Walaupun umur pendek tapi pahala dan amalan yang banyak. Allah memberi taufik untuk kita sentiasa taat pada Allah, dijauhkan maksiat dan dijauhkan kita dari meringankan perintah Allah dan tidak disia siakan masa kita. Allah memberi lailatul qadr kepada umat Nabi Muhammad SAW yang menyamai amalan 1000 bulan. Banyaknya amalan dapat dilakukan. 

Kedua apa yang dikatakan pertambahan umur ialah bertambah sebutan yang baik seakan pertambahan umur. Jangan lupa bersilaturrahim dengan sahabat ibubapa kita supaya ianya terus diperkatakan akan kebaikan ibubapa kita. Jadikan tutur kata terbaik yang selalu disebut oleh orang yang kemudian. 

Bertambah umur juga dengan silaturrahim apabila Allah merezekikan kita dengan zuriat yang soleh dan solehan yang mendoakan kita dan yang sentiasa disanjung. Maka bertambah amal pahala kita. Seterusnya ialah dijauhkan dari penyakit samada dari kerosakan harta, keluarga. Banyak baca Al Quran supaya dijauhkan dari nyanyuk. Sentiasa gerakkan lidah dengan membaca Al Quran dapat elakkan penyakit nyanyuk.

Yang mana paling mulia ialah orang yang banyak bersilaturrahim, menegah perbuatan mungkar. Ada pun orang yang memutuskan silaturrahim ialah jauh dari rahmat Allah. Orang yang memutuskan silaturrahim akan terlepas peluang masuk syurga Allah. Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim. Walaupun tahu haram tetap buat, akan jadi kufur kerana seolah menghalal apa yang diharamkan. Dia tahu haram tapi buat juga. 

Tertutup pintu langit dan tidak didengar Alah dan tertolak amalannya kerana memutuskan silaturrahim. Cara mudah untuk bersilaturrahim ialah dengan ziarah menziarahi, maaf memaafkan antara satu sama lain. Paling mudah dengan ucapan salam, senyum dan berjabat tangan

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang

Gulai udang ni sangat sedap dan boleh dimakan dengan apa sahaja. Nasi putih pun sedap. Cicah roti pun sedap juga. Jadi tak perlu risau. Masak apa pun sedap. Kuahnya akan terasa manis jer. 

Jom layan resepi gulai udang lauk nasi dagang yang saya salin semula di bawah ini. Selamat mencuba...

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang

Gulai Udang Nasi Dagang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1/2 kg udang
1/2 kg santan
1/2 sudu kecil halba campur
1/2 sudu besar rempah kari ikan 
1 keping asam keping
1/4 keping gula Melaka
Garam - jika perlu
Sedikit gula
2 biji telur rebus - opsyenal
Cili hijau besar
Cili padi hijau dan merah - hiasan

Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 sudu besar cili kisar
1/4 inci halia
2 hiris lengkuas

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumiskan rempah halba campur seketika sebelum dituangkan bahan kisar. Tumis sehingga naik minyak. 


Masukkan rempah kari. Kacau lagi hingga terbit minyak.

Tuangkan air secukupnya. Kacau sehingga kuah mendidih. Masukkan asam keping, gula Melaka dan sedikit gula. 

Masukkan udang dan telur rebus. Masak lagi sehingga mendidih.

Setelah mendidih, masukkan santan dan kacau rata. Masak kuah hingga menjadi sedikit pekat.


Gulai Udang Lauk Nasi Dagang

Masukkan cili hijau dan cili merah sebagai hiasan. Rasakan masin dan manisnya. Masak sebentar sahaja agak agak udang masak. Jangan lama sangat takut udang jadi keras. 


Gulai Udang Lauk Nasi Dagang

Nota:
Kuah yang cantik adalah kuah yang pekat dan terbit minyak. 


4 ulasan:

  1. Salam Kak Azie, lamanya tak bersiaran...tiba2 muncul dan terus bertazkirah. harap akak sekeluarga sehat ya.

    BalasPadam
  2. terus rasa nak beli udang balik tengahari ni kang...

    BalasPadam
  3. Salam Kak Azie......wah, lama tak bersiaran. Harap akak sekeluarga sihat ya. Rindu tau..

    BalasPadam
  4. Salam kak..Ya Allah lamanya xsinggah sini

    Terasa la rindu tu..hehe

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon