Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Tenggiri Bakar Lauk Wanita Dalam Pantang

Ikan Tenggiri Bakar Lauk Wanita Dalam Pantang

Hari ini ingin kongsikan lagi resepi ikan bakar menggunakan ikan tenggiri papan yang saya beli di Pasar Taman Tun untuk Nana.  Ida yang menjaga Nana semasa dalam pantang telah membantu saya menyediakan lauk ini kerana saya perlu tergesa gesa untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat di kejiranan kami yang dibuat di Shah Alam.

Ikan tenggiri adalah antara ikan yang popular sebagai lauk di kalangan wanita dalam pantang selain ikan gelama. Dikatakan mana mana ikan yang menpunyai isi putih dan tidak gatal boleh dimakan oleh wanita dalam pantang. 

Sebaik baiknya dua minggu pertama, hanya ambil ikan dahulu. Selepas luka bersalin dah baik, baru ambil ayam atau daging. Itu berdasarkan apa yang saya baca dari pengalaman orang lain yang dikongsikan. 

Ikan Tenggiri Bakar Lauk Wanita Dalam Pantang

Sedikit berkenaan dengan ikan bakar ini ialah selepas di lumur dengan bahan, boleh letak sedikit minyak bijan dan minyak zaitun. Kedua duanya sangat bagus. Tengok selepas ikan dibuka dari daun pisang, kita yang tidak di dalam pantang pun jadi terliur. Masakan sebegini adalah makanan sihat yang boleh diamalkan oleh semua orang. 

Jom layan resepi di bawah ini. Selamat mencuba terutama kepada ibu ibu yang sedang berpantang. Yang akan berpantang, boleh copy resepi siap siap dan share juga untuk manafaat orang ramai.


Ikan Tenggiri Bakar Lauk Wanita Dalam Pantang

Ikan Tenggiri Bakar
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 keping ikan tenggiri
1/2 sudu besar serbuk lada hitam - tumbuk
1 biji limau nipis
Minyak zaitun - opsyenal

Bahan tumbuk:
1 inci kunyit hidup
2-3 ulas bawang putih
Sedikit serbuk kunyit - opsyenal 
Garam

Cara cara:
Tumbuk kunyit hidup, bawang putih dan garam sehingga lumat. Lumurkan pada ikan. 


Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar dan perah limau nipis secukupnya. Lumur rata rata dan biarkan seketika. 

Ikan Tenggiri Bakar Lauk Wanita Dalam Pantang

Ikan Tenggiri Bakar Lauk Wanita Dalam Pantang

Balut ikan dengan daun pisang. Jika suka, renjis sedikit pada ikan dengan minyak zaitun. Selain khasiatnya, juga supaya ikan tidak kering.

Ikan Tenggiri Bakar Lauk Wanita Dalam Pantang

Bakar dengan menggunakan non stick pan atau kuali pemanggang sehingga masak. 

Ikan Tenggiri Bakar Lauk Wanita Dalam Pantang

Ikan Tenggiri Bakar Lauk Wanita Dalam Pantang

Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Nota:
Jika bayi menpunyai jaundice, kurangkan penggunaan lada hitam.


Catat Ulasan for "Ikan Tenggiri Bakar Lauk Wanita Dalam Pantang"