Ahad, 29 Julai 2018

Keseronokan Menikmati Buah Durian di Kebun Dato’ Sani


Sekembali dari majlis akad nikah anak sahabat kami Dato Haji Ibrahim Fadzil dan isteri Datin Nik Junainah di Melaka, kami singgah di kebun durian Dato’ Sani di Lenggeng. Saya tumpang gembira melihat hasil usaha Dato' Sani dan Datin Yat sehingga mampu mengubah kebun biasa menjadi seolah resort percutian yang hebat. 

Saya memang terpegun dan kagum melihat pemandangan di depan mata. Dari dahulu, saya mengenali mereka sebagai seorang yang sangat gigih. Sama seperti saya, jika ingin membeli sesuatu, akan mencari yang terbaik dengan harga murah di serata tempat.  

Jika kita ingin membina sesuatu, pasti ada pokok yang ditebang. Tetapi mereka menyintai alam. Mereka rela membelanjakan lebih sedikit asalkan pokok dan alam kekal terpelihara. Bentuk pagar yang dibina adalah mengikut kedudukan pokok yang telah berpuluh tahun usianya. Bentuk pagar berlengkang lengkuk untuk mengekalkan pokok yang ada. Kelihatan juga beberapa kolam ikan yang mana sumber airnya adalah dari mata air. Tengok gambar di bawah ini...



Berbalik pada kebun ini, di bina satu jambatan kayu menggunakan kayu cengal merentangi anak sungai yang airnya mengalir serta menghasilkan bunyi air terjun. Di dalam sungai juga kelihatan kelibat ikan ikan.

Banyak sekali pokok pokok buah yang telah berusia puluhan tahun seperti durian kampung, manggis, rambutan, petai, jering, langsat dan banyak lagi. 





Walaupun durian kampung tapi isi dan rasanya sangat sedap. Terdapat rasa manis pahit dan lemak dengan isi yang tebal. Tidak bergas seperti durian musang king. Serious saya termenung seketika dek keenakannya.

Saya berpesan dengan Dato' Sani supaya meninggalkan beberapa biji buah durian untuk saya kutip sendiri. Hahaha teringin nak merasa pengalaman mengutip sendiri buah durian di bawah pokok. 


Projek mereka seterusnya adalah membina chalet. Jadi kalau ada yang ingin menikmati keindahan alam di sini, boleh lah tunggu bila ianya disiapkan. 



Jika kebetulan dengan musim buah buahan, Insya Allah dapat makan buah buahan sekali. Kedudukannya tidak jauh dari Kuala Lumpur pun. Jadi jika ingin lari dari kesibukan kota, tempat begini lah yang harus kita cari. 


2 ulasan:

  1. tumpang gembira dengan kejayaan anak melayu kita

    BalasPadam
  2. Seronoknya bila khazanah milik sendiri di pulihara menjadikan taman rekreasi..

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon