Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Kicap Yang Sangat Sedap


Setiap kali balik beraya di Perak, kami akan singgah rumah cousin Hubby yang dipanggil Ku Yeop di Ipoh. Biasanya kami ke sana dah lewat petang atau malam. Walaupun sudah kekenyangan kerana beraya di sana sini, kami akan tetap makan mee hoon goreng yang disediakan panas panas oleh Che Yong. Ini semua dek keenakan mee hoon hasil air tangan Che Yong. Simple tapi rasanya sangat klasik. 

Setelah berpuluh tahun menikmatinya, entah kenapa kali ini, tergerak hati untuk bertanya dengan detail bahan yang digunakan. Ooh simple jer tapi rasanya memang unik dan pasti akan kekal dalam ingatan akan keenakannya.

Bahan yang digunakan juga sangat simple, hanya udang bersaiz kecil, sayur sawi dan taugeh sahaja. Kalau diperhatikan ianya macam mee goreng kicap sahaja kerana tiada penggunaan sos tomato, sos cili atau sos tiram seperti kebanyakan mee hoon. Jadi untuk memudahkan, saya letak nama Mee Hoon Goreng Kicap sahaja. 

Meh sama sama layan percubaan pertama saya hari ini. Hmm memang sangat sedap. Biasanya saya jarang meletakkan taugeh dalam mee atau mee hoon tapi sebab mahukan rasa yang hampir sama, saya masukkan taugeh. 

Cuma bila saya menambah daun kucai, rasanya dah agak lari. Jadi lain kali, tak payah letak daun kucai, Saya makan ketika berbuka puasa dan siap menambah dua tiga kali lah juga. Itu pun saya makan kosong sahaja. Bayangkan kalau ada keropok atau keropok lekor, lagi laju lah makan,

Jom layan resepi dan juga video penyediannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Terima kasih pada Che Yong kerana sudi berkongsi resepi mudah tapi cukup klasik ini. 



Mee Hoon Kicap Yang Simple Dan Sangat Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
350 gm bihun - bihun rice vermicelli
2 ikat Sayur Bok Choy
1 mangkuk taugeh - atau ikut yang disukai
1 mangkuk kecil udang 
Kicap lemak manis 
Garam
Gula

Bahan kisar:
2-3 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
7-8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara cara;
Rendam bihun sehingga agak lembut. Saya guna bihun rice vermicelli jenama Jati. 

Panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang serta cili kisar sehingga wangi dan masak garing dengan menggunakan api perlahan. Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga air kering dan terbit minyak. 


Masukkan udang, batang sayur Bok Choy, kicap dan sedikit air untuk lembutkan mee hoon. 


Masukkan mee hoon dan daun sayur Bok choy. Kacau rata. 

Setelah mee hoon bergaul rata, masukkan taugeh. Kacau dan masak hingga mee hoon kelihatan berminyak. 



Masukkan sedikit gula dan garam, jika perlu. Tutup api dan tabur dengan cili padi, daun sup, bawang goreng atau apa apa yang disukai. 



4 ulasan for "Mee Hoon Goreng Kicap Yang Sangat Sedap"

  1. boleh saya tahu, portion serving ni utuk berapa orang ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh kira sendiri kalau utk sebungkus mee hoon, sis hidang utk berapa orang. sebab saya tak pernah kira. Kami makan utk keluarga sendiri sahaja.

      Padam
  2. dlm 1 bungkus meehon berapa orang blh makan..

    BalasPadam